[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
SUKAN

One Championship: Aliff Rakib rekod kemenangan keempat berturut-turut

Astro Arena 07/06/2025 | 05:20 MYT
Kemenangan Aliff menyaksikan dia sudah mencatatkan keputusan positif dalam empat perlawanan berturut-turut, sekali gus mengumpul lapan kemenangan sepanjang kariernya dalam One Championship. - Gambar/ Stadium Astro
PETINJU berusia 21 tahun, Aliff Rakib, berjaya menewaskan Elmehdi El Jamari dalam kategori strawweight One Fight Night 32, di Stadium Lumpinee, Bangkok Thailand, sebentar tadi.

Ini ditambah dengan rekod baik Aliff dalam menumbangkan abang kepada Elmehdi, iaitu Zakaria El Jamari, dengan keputusan knock out (KO) pada Ogos 2024.

Aliff memerlukan tiga pusingan untuk menoktahkan kejayaan ke atas wakil Maghribi itu menerusi keputusan juri dengan pungutan mata bersih.

Kemenangan Aliff menyaksikan dirinya sudah mencatatkan keputusan positif dalam empat perlawanan berturut-turut, sekali gus mengumpul lapan kemenangan sepanjang kariernya dalam One Championship. - Stadium Astro




#Aliff Rakib #ONE Championship #keputusan pertarungan #Elmehdi El Jamari