awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ong Kim Swee presiden baharu PJBM

Bernama
Bernama
25/11/2023
08:43 MYT
Ong Kim Swee presiden baharu PJBM
KIm Swee sebelum ini merupakan Timbalan Presiden, memangku jawatan itu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan mendiang B. Sathianathan. - Bernama
PETALING JAYA: Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee menang tanpa bertanding jawatan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) sempena Kongres Tahunan PJBM bagi penggal 2022-2026 hari ini.
Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Presiden, memangku jawatan tersebut bagi mengisi kekosongan ditinggalkan mendiang B. Sathianathan yang meninggal dunia akibat kanser pada 18 Julai lepas.
Ia sekali gus menyaksikan kekosongan jawatan Kim Swee selaku Timbalan Presiden PJBM diisi bekas jurulatih Melaka United FC Mohd Asri Ninggal dan bekas jurulatih Pahang FC Mohd Razip Ismail.
"Kita akan teruskan perancangan mendiang Sathianathan dan kita juga mempunyai perancangan tersendiri. Apa yang penting adalah kita pastikan kebajikan jurulatih tempatan dititikberatkan kerana banyak isu yang timbul selama ini.
"Kita ingin pastikan satu formula terbaik antara Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya jurulatih diberikan sesuatu yang sepatutnya kita terima sepertimana persatuan pemain yang cukup kuat," katanya pada sidang media selepas kongres tersebut, di sini hari ini.
Pada masa sama, Kim Swee menyifatkan tugasan selaku presiden itu bukan satu tugas mudah selain memikul tanggungjawab besar dalam mengendalikan persatuan besar dalam kalangan jurulatih tempatan.
Pada kongres itu, dua Naib Presiden PJBM Md Dali Wahid dan Aminudin Hussin mengekalkan jawatan masing-masing sementara Rezal Zambery Yahya dan Ishak Kunju Mohamad dipilih sebagai dua muka baharu bagi mengisi jawatan tersebut.
Sementara itu, dua muka baharu iaitu Chiew Chun Yong dan Haris Lajid dipilih bagi membarisi barisan exco manakala Ridzwan Abu Shah, Sulaiman Hussin, Rashid Mamud, Noor Zaidi Rohmat, S Balachandran, Farhana Abdullah dan Siti Suhaila Johari kekal memegang jawatan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ong Kim Swee
#presiden
#PJBM
#B Sathianathan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan