SUKAN
Operasi LRT, MRT dan Monorel dilanjut sempena Piala Sultan Selangor
Rapid KL memaklumkan langkah itu diambil bagi memastikan kelancaran perjalanan penyokong kedua-dua pasukan yang hadir ke stadium bersejarah tersebut. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Operasi beberapa stesen LRT, MRT dan Monorel dilanjutkan sehingga pukul 12.30 tengah malam ini bagi memudahkan orang ramai menyaksikan perlawanan Piala Sultan Selangor (PSS) di Stadium Merdeka pada Sabtu.
Ringkasan AI
Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu diambil bagi memastikan kelancaran perjalanan penyokong pasukan Selangor dan Singapura yang hadir ke stadium bersejarah tersebut.
Bagi perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, stesen yang terlibat ialah Plaza Rakyat dan Hang Tuah.
Sementara itu, bagi perkhidmatan Monorel, stesen Hang Tuah akan beroperasi sehingga tengah malam.
Perkhidmatan MRT pula melibatkan Stesen Maharajalela dan Merdeka yang turut dilanjutkan waktu operasi.
Menurut Rapid KL, stesen sambungan lain juga akan kekal dibuka bagi memastikan penumpang dapat sampai ke destinasi terakhir masing-masing.
Langkah ini sekali gus memberi kemudahan kepada ribuan penyokong bola sepak yang dijangka memenuhi Stadium Merdeka bagi menyaksikan perlawanan klasik tersebut.
Edisi ke-21 Piala Sultan Selangor kembali menggegarkan gelanggang keramat itu dengan pertembungan tradisi antara pasukan Selangor dan Singapura.
Pertembungan bersejarah ini sekali gus menghidupkan semula nostalgia bola sepak serantau yang pernah mencetus fenomena suatu ketika dahulu.
Ringkasan AI
- Operasi LRT, MRT dan Monorel dilanjutkan hingga 12.30 tengah malam untuk memudahkan penyokong hadir ke perlawanan Piala Sultan Selangor di Stadium Merdeka.
- Stesen terlibat termasuk Plaza Rakyat, Hang Tuah (LRT & Monorel), Maharajalela dan Merdeka (MRT), manakala stesen sambungan lain kekal dibuka untuk perjalanan pulang.
- Langkah ini beri kemudahan kepada ribuan penyokong yang dijangka memenuhi Stadium Merdeka bagi menyaksikan pertembungan klasik Selangor vs Singapura edisi ke-21.