SUKAN
Ostapenko mohon maaf atas ketegangan dengan Townsend
Ostapenko menafikan kenyataannya berunsur perkauman terhadap Townsend, dan pada Sabtu beliau mengeluarkan permohonan maaf di Instagram. - Gambar/ AP
NEW YORK: Bekas juara Terbuka Perancis, Jelena Ostapenko memohon maaf atas perang mulut dengan lawannya, Taylor Townsend pada Terbuka Amerika Syarikat (AS) minggu ini, lapor agensi berita Jerman dpa.
Ringkasan AI
Insiden itu berlaku selepas Ostapenko tersingkir pada pusingan kedua kejohanan grand slam di New York, apabila berlaku pertikaian ketika bersalaman di jaring.
Townsend mendakwa lawannya berkata: "Dia memberitahu saya tiada kelas, tiada pendidikan dan lihat apa yang berlaku apabila berada di luar AS."
Ostapenko menafikan kenyataan itu berunsur perkauman terhadap Townsend, dan pada Sabtu beliau mengeluarkan permohonan maaf di Instagram.
"Bahasa Inggeris bukan bahasa idunda saya, jadi apabila saya menyebut pendidikan, ia hanya merujuk kepada etika dalam tenis.
"Tetapi saya faham bagaimana kata-kata yang saya gunakan boleh menyinggung ramai orang di luar gelanggang tenis.
"Saya hargai sokongan semua pihak ketika saya terus belajar dan berkembang sebagai individu serta pemain tenis," tulis pemain berusia 28 tahun itu.
Bekas pemain nombor satu dunia dari Jepun, Naomi Osaka turut mengecam kenyataan asal Ostapenko terhadap Townsend dengan menyifatkan: "Jelas sekali ia antara perkara paling buruk untuk dikatakan kepada seorang pemain tenis berkulit hitam dalam sukan yang majoritinya berkulit putih."
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Jelena Ostapenko memohon maaf atas kenyataan kontroversi terhadap Taylor Townsend selepas kekalahan di pusingan kedua, yang didakwa berunsur menghina dan menyinggung sensitiviti perkauman, namun beliau menafikan niat tersebut dan menjelaskan kekeliruan bahasa.
- Ostapenko menjelaskan bahawa istilah -pendidikan- yang digunakan merujuk kepada etika dalam tenis, bukan latar belakang peribadi, dan mengakui kesilapan dalam komunikasi serta berjanji untuk terus belajar dan berkembang sebagai individu.
- Naomi Osaka mengecam kenyataan Ostapenko sebagai tidak sensitif terhadap pemain berkulit hitam dalam sukan tenis yang majoritinya berkulit putih, menyifatkannya sebagai antara kenyataan paling buruk yang boleh diucapkan dalam konteks tersebut.