Padah langgan pelacur, empat atlet Jepun dihantar pulang

Sinar Harian
Ogos 20, 2018 10:00 MYT
Pemain Jepun meraikan kemenangan awal mereka menewaskan Qatar dalam Kumpulan C pada Khamis lalu. -Foto Sinar Harian
Empat pemain bola keranjang pasukan Jepun dihantar pulang dari Sukan Asia selepas mereka didapati membayar pelacur untuk khidmat seks, menurut Jawatankuasa Olimpik Jepun, hari ini.
Jelasnya, kesemua pemain tersebut dilihat di daerah lampu merah di Jakarta sambil memakai jersi pasukan pada malam Khamis lalu selepas menewaskan Qatar 82-71.
"Perbuatan Yuya Nagayoshi, Takuya Hashimoto, Takuma Sato dan Keita Imamura sememangnya memalukan. Kami memohon maaf dan akan mula memberi bimbingan kepada atlet," kata ketua delegasi Jepun, Yashuhiro Yamashita.
Difahamkan, perbuatan pemain pasukan untuk Liga B Jepun itu terbongkar selepas mereka dilihat melanggan pelacur oleh wartawan akhbar Asahi Shimbun. -AFP
#bola keranjang #Jakarta #Keita Imamura #khidmat seks #pelacur #seks #Sukan Asia #Takuma Sato #Takuya Hashimoto #Yuya Nagayoshi