awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paintball: 56 pasukan bakal berentap merebut Piala LADA

Sinar Harian
Sinar Harian
17/10/2023
09:51 MYT
Paintball: 56 pasukan bakal berentap merebut Piala LADA
Kejohanan Paintball Piala LADA akan berlangsung di Kompleks Sukan Langkawi pada 21 dan 22 Oktober ini. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Sebanyak 56 pasukan bakal mewarnai saingan Kejohanan Paintball Piala LADA yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Langkawi pada 21 dan 22 Oktober ini.
Piala LADA yang juga pusingan ketiga bagi Liga Super Paintball Utara (NPSL) turut disertai oleh peserta dari Singapura, Taiwan dan Australia itu terbahagi kepada lima divisyen.
Ia melibatkan divisyen terbuka, divisyen tiga, terbuka mekanikal, wanita dan rookie.
Penyelaras kejohanan Mazlan Maso’od berkata, kejohanan yang bakal berlangsung itu merupakan pertandingan penutup tirai bagi tahun 2023.
“Kejohanan kali ini menjanjikan aksi menarik kerana pasukan-pasukan yang hadir bakal bertarung bagi merebut kejuaraan dan hadiah keseluruhan bernilai RM60,000,” katanya.
Kejohanan itu turut menerima sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Pelancongan Malaysia, Pejabat Daerah Langkawi serta Perbadanan Pembangunan Langkawi (LADA).
Menurut Mazlan, NPSL adalah unik kerana kejohanan itu merupakan satu-satunya kejohanan yang menyediakan divisyen khas untuk wanita yang ingin menceburi sukan ekstrem paintball.
“Bagi divisyen rookie, terdapat 24 pasukan yang akan bertanding. Jumlah pasukan yang banyak ini menunjukkan paintball semakin diminati oleh orang ramai.
“Penduduk Langkawi dijemput hadir dan sama-sama merasai kehangatan sukan ekstrem ini,” katanya.
Bagi memenangi perlawanan, setiap pasukan perlu cuba untuk mematikan semua pihak lawan dan merampas bendera mereka.
Paintball merupakan sukan ekstrem yang dimainkan secara berkumpulan menggunakan peralatan seperti topeng muka dan ‘paint marker’. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Paintball
#Piala LADA
#Liga Super Paintball Utara
#Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan