SUKAN
Palmero sudah tiada kelab
Palmero ditamatkan kontrak pada 7 November melibatkan perpindahan pinjaman ke Unionistas de Salamanca CF dan kontrak asal bersama CD Tenerife, menurut kenyataan kelab Sepanyol itu. - Foto Sinar Harian
PEMAIN warisan Harimau Malaya, Gabriel Palmero kini berstatus ejen bebas selepas CD Tenerife menamatkan kontraknya susulan keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang ditolak oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FAM) berhubung isu pemalsuan dokumen.
Ringkasan AI
Perkara itu diumumkan menerusi kenyataan rasmi kelab Sepanyol berkenaan yang turut mengesahkan penamatan kontrak pinjaman Palmero ke Unionistas de Salamanca CF.
Pengumuan tersebut sekali gus menjadikan pertahanan kiri berusia 23 tahun itu tanpa kelab.
“Gabriel Palmero telah ditamatkan kontrak pada 7 November melibatkan perpindahan pinjaman ke Unionistas de Salamanca CF dan kontrak asal bersama CD Tenerife,” menurut kenyataan Tenerife.
Unionistas de Salamanca juga mengesahkan penamatan tersebut, selain menyatakan penghargaan buat Palmero atas khidmatnya selama lima bulan bersama pasukan.
Palmero serta enam lagi pemain berdarah warisan digantung oleh FIFA selepas didapati memalsukan dokumen bagi mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.
Turut digantung ialah Rodrigo Holgado, Facundo Garces, Jon Irazabal, Joao Figueiredo, Hector Hevel dan Imanol Machuca.
Sebelum ini, FIFA sudahpun menolak rayuan FAM sekali gus mengekalkan semua hukuman denda RM1.8 juta kepada badan induk itu termasuk penggantungan 12 bulan serta denda RM10,374 kepada setiap pemain.
Bagaimanapun, FAM mengesahkan mereka sudah memohon alasan bertulis daripada FIFA dan akan meneliti langkah susulan termasuk kemungkinan membawa kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Gabriel Palmero, pemain warisan Harimau Malaya, kini menjadi ejen bebas selepas CD Tenerife menamatkan kontraknya susulan keputusan rayuan FAM ditolak oleh FIFA berhubung isu pemalsuan dokumen.
- Penamatan kontrak Palmero diumumkan melalui kenyataan rasmi CD Tenerife, menjadikan pertahanan kiri berusia 23 tahun itu tanpa kelab, setelah perpindahan pinjaman ke Unionistas de Salamanca CF.
- Palmero dan enam pemain lain berdarah warisan digantung oleh FIFA selepas didapati memalsukan dokumen, dengan kesan denda RM1.8 juta kepada FAM dan penggantungan 12 bulan serta denda RM10,374 kepada setiap pemain; FAM sedang meneliti kemungkinan membawa kes ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).