awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pan Gon bangga aksi Harimau Malaya, penyokong

Sinar Harian
Sinar Harian
16/11/2023
22:15 MYT
Pan Gon bangga aksi Harimau Malaya, penyokong
Pan Gon ketika sidang akhbar selepas perlawanan. - Foto Sinar Harian
PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan Gon berbangga dengan aksi yang dipamerkan para pemainnya ketika menundukkan Kyrgyzstan 4-3 dalam aksi sulung Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis.
Menurutnya, pemainnya menunjukkan mentaliti tinggi dan tidak berputus asa untuk bangkit menumbangkan lawan di kedudukan ranking yang lebih baik.
"Saya sangat bangga dengan Harimau Malaya, mereka menunjukkan mentaliti yang baik dan terima kasih juga kepada penyokong.
"Tahniah kepada semua pemain. Sebagai jurulatih ia satu perlawanan sukar, tetapi kami berjaya menang dan dapat menggembirakan penyokong," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.
Dalam pada itu, beliau turut mengakui perlawanan itu sebagai satu pengajaran terutama apabila ketinggalan dua gol walaupun terlebih dahulu mendahului seawal minit keenam.
"Kami bermula baik, selesa dan yakin sehingga berjaya menjaringkan gol.
"Saya tidak tahu mungkin pada separuh masa kedua saya mengingatkan pemain untuk ingat siapa diri kita. Saya suka keyakinan (ketika mendahului satu gol) kemudian ketinggalan, tetapi jangan terlalu yakin atau sombong. Kami perlu hormati pasukan di ranking ke 97.
"Ia satu pengajaran kepada kami. Ia satu perlawanan yang menakjubkan walaupun agak sukar," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Kim Pan Gon
#Kelayakan Piala Dunia 2026
#Kyrgyzstan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan