awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pan Gon dapat sokongan FAM terus majukan Harimau Malaya

Bernama
Bernama
06/11/2023
08:11 MYT
Pan Gon dapat sokongan FAM terus majukan Harimau Malaya
Sebarang keputusan melibatkan kontrak Kim Pan Gon akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan akan datang. - Gambar fail
PETALING JAYA: Ketua jurulatih pasukan negara Kim Pan Gon akan terus membimbing skuad Harimau Malaya bagi mengharungi kesemua aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 walaupun status kontraknya kini menjadi tanda tanya.
Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Noor Azman Rahman berkata Pan Gon mendapat sokongan badan induk itu untuk terus memajukan pasukan negara.
Beliau berkata sebarang keputusan melibatkan kontrak pengendali dari Korea Selatan itu yang difahamkan berakhir Januari tahun depan, akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan akan datang yang dipengerusikan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.
"Sudah ada perbincangan (isu lanjutan kontrak) tetapi biarlah kita selesaikan kempen pusingan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia dahulu...memang betul beliau (Pan Gon) akan terus dapat peluang bawa pasukan kebangsaan kerana beliau telah merangka segala program sehingga tahun depan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kali ke-9 Penggal 2021-25 yang dipengerusikan Hamidin di Wisma FAM di Kelana Jaya di sini, hari ini.
Pan Gon yang dilantik pada Januari tahun lepas bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Tan Cheng Hoe, berjaya meningkatkan mutu serta memberi nafas baharu kepada pasukan negara.
Bagaimanapun, bekas ketua jurulatih Hong Kong itu dikhabarkan sehingga hari ini masih belum menandatangani kontrak lanjutan.
Pada saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Oman, Kyrgyzstan dan Taiwan.
Skuad Harimau Malaya akan memulakan kempen menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Nov ini, sebelum bertandang ke Taipei City untuk aksi kedua bertemu Taiwan pada 21 Nov dan akan meneruskan baki perlawanan tahun hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kim Pan Gon
#ketua jurulatih
#kontrak
#harimau Malaya
#FAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan