KUALA NERUS: Setelah mencetak kejayaan 4-1 ke atas Kepulauan Solomon baru-baru ini, Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan Gon bersedia melakukan beberapa perubahan menjelang aksi persahabatan Tier 1 menentang Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam esok.
Pan Gon yang menyifatkan perlawanan itu sebagai eksperimen berkata, perubahan dalam kesebelasan utama Harimau Malaya antara lain adalah untuk melihat tahap prestasi pemain yang tidak turun beraksi dalam perlawanan sebelum ini.
Selain itu, jurulatih dari Korea Selatan itu mahu melihat persaingan dalam kalangan pemain terus meningkat dalam usahanya membentuk skuad terbaik terutama menjelang saingan Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari tahun depan.
"Saya mahu menjadikan mereka (pemain) terus bersaing antara satu sama lain. Saya mahu mereka rasa tiada kesebelasan utama yang tetap, sesiapa sahaja boleh berada dalam skuad utama. Persekitaran begini yang saya suka.
"Sekarang kita ada dua pemain untuk satu posisi jadi mudah-mudahan boleh meletakkan tiga. Jadi semua orang perlu bersaing antara satu sama lain untuk tempat dalam kesebelasan utama dan apabila kita beri mereka peluang untuk bermain, mereka perlu tunjukkan kepada kita bahawa mereka lebih baik daripada pemain lain dalam posisi itu," katanya pada sidang media praperlawanan di sini hari ini.
Walaupun ada perubahan dilakukan, Pan Gon berharap anak buahnya terus menerapkan falsafah pasukan, bersikap agresif dan mengawal keseluruhan perlawanan, di samping mengurangkan kesalahan teknikal.
"Kita perlu membiasakan diri mencipta peluang menjaringkan gol dan memaksa lawan melakukan kesilapan...kita juga perlu mengurangkan kesilapan teknikal kecil supaya dapat memberikan permainan lebih baik daripada sebelumnya," katanya sambil mengesahkan hampir kesemua pemain berada dalam keadaan terbaik untuk perlawanan esok.
Berdasarkan statistik pertemuan dengan Papua New Guinea, Malaysia menang tiga daripada empat perlawanan dengan pertemuan terakhir pada 2016 menyaksikan skuad Harimau Malaya menang 2-1, lima bulan selepas tewas 0-2 kepada lawan sama.
"Kita menyaksikan perlawanan mereka (Papua New Guinea) menentang Singapura dan mereka lebih baik daripada yang dijangkakan. Saya tidak peduli dengan sejarah pertemuan lepas, kita mencari kemenangan berturut-turut di laman sendiri, mencipta budaya menang dan membina kubu di laman sendiri. Itu adalah sasaran utama kita," katanya.
Sementara itu, pertahanan negara Corbin Ong berkata rakan-rakannya kini lebih fokus kepada usaha pasukan untuk mencapai tahap permainan terbaik berbanding memikirkan tentang lawan.
"Saya rasa di kem ini, kita lebih fokus bagaimana kita hendak bermain, bagaimana kita hendak serang dan bertahan, itu sahaja yang penting.
"Ia akan menjadi permainan yang berbeza, seperti kata jurulatih tumpuan kita adalah kepada karakter, kita mahu jadi agresif dan dominan pada masa sama kita mahu mengurangkan kesilapan. Jadi, daripada bercakap mengenai Papua New Guinea, kita tumpukan bagaimana kita boleh memperbaiki diri sebagai satu pasukan," katanya.
Berdasarkan ranking dunia, Malaysia menghuni tangga ke-138 manakala Papua New Guinea 159.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023
Menurut Pan Gon, perubahan dalam kesebelasan utama Harimau Malaya antara lain adalah untuk melihat tahap prestasi pemain yang tidak turun beraksi sebelum ini. - Gambar fail
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar
Kim Pan Gon sifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan.
Pan Gon mahu terus kemudi Harimau Malaya hingga Piala Asia 2027
Bagaimanapun, Pan Gon akan menyerahkan keputusan mengenai nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.
Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.
Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan
Pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.
Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.