PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon, mendedahkan ramai pemain yang dimahukannya gagal disenaraikan menjelang Kejohanan Piala Raja Thai di Chiang Mai, bermula 22 hingga 25 Sept ini.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah sebenar pemain tersebut tetapi mendakwa ia disebabkan oleh masalah peribadi dan proses pemulihan kecederaan bagi sesetengah pemain.
"Saya teruja untuk melihat reaksi mereka terhadap gaya dan falsafah pasukan, kami akan cuba membina DNA Malaysia sendiri...jadi saya mahu melihat reaksi mereka jika mereka cukup cergas.
"(Tetapi) saya rasa secara amnya sangat gembira dengan skuad ini, nampak sangat mantap dan saya akan terus mara ke hadapan," katanya ketika ditemui pemberita pada hari pertama kem latihan pusat skuad kebangsaan di Wisma FAM di Kelana Jaya, di sini, pada Jumaat.
Seramai 23 daripada 25 pemain dalam senarai melaporkan semalam dengan pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohd Shahrul Mohd Saad akan menyertai pasukan itu dalam beberapa hari akan datang kerana dilaporkan tidak sihat manakala seorang lagi pemain pertahanan, Dion Cools, akan menyertai pasukan itu di Thailand.
Skuad tersebut akan berlepas ke Chiang Mai, Selasa ini.
Mengulas mengenai perlawanan pertama menentang tuan rumah, jurulatih dari Korea Selatan itu, berkata ia adalah peluang baik untuk menguji anak buahnya menghadapi lawan yang berada di kedudukan yang lebih tinggi.
Kedudukan mencerminkan beberapa tahun kebelakangan ini apa yang telah mereka lakukan tetapi tidak menggambarkan detik ini...kami akan cuba yang terbaik untuk bersaing dengan mereka dan kami mahu melihat persembahan yang baik," katanya.
Pemenang kedua-dua perlawanan akan bertemu di final pada 25 Sept manakala pasukan yang kalah akan bersaing untuk tempat ketiga.
Malaysia pada era 1970-an pernah menjuarai empat edisi Piala Raja Thai, iaitu pada 1972, 1976, 1977 dan 1978.
Piala Raja Thai akan memberi peluang kepada Pan-gon menguji pemain baharu sebelum menghadapi Piala AFF, Disember ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2022
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon turun menjalani sesi latihan pertama di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Sabtu. - Foto Facebook/Football Association of Malaysia
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.