ISKANDAR PUTERI: Ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon memuji padang Stadium Sultan Ibrahim selepas Malaysia menewaskan Turkmenistan 1-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1, di sini, malam tadi.
Ia adalah kali pertama Harimau Malaya beraksi di stadium berkenaan yang merupakan pusat latihan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), susulan penutupan Stadium Nasional di Bukit Jalil awal tahun ini, bagi pemasangan rumput baharu, Zeon Zoysia, yang juga digunakan di sini.
Warga Korea Selatan itu berkata keadaan padang tersebut membolehkan anak buahnya melakukan permainan pantas, justeru beliau berterima kasih kepada JDT kerana menawarkan pasukannya untuk berlatih serta bermain di sini bagi dua aksi persahabatan, termasuk menentang Hong Kong pada 28 Mac ini.
"Ia (padang) baik dan kami boleh bermain permainan pantas, jika kami ada lebih ramai pemain laju kami boleh beri anda lebih banyak gol. Dari segi pemain, saya berpandangan mereka mesti menyesuaikan diri (dengan kualiti padang) kerana kami mungkin akan bermain di padang yang lebih baik di Qatar (Piala Asia 2023), lebih banyak permainan pantas dan lawan yang lebih kuat.
"Secara keseluruhannya, (bermain di Stadium Sultan Ibrahim) adalah latihan yang baik untuk kami dan kami juga dalam persekitaran yang baik, terima kasih JDT kerana menyediakan padang ini," katanya pada sidang media selepas perlawanan, di sini, malam tadi.
Dalam perlawanan itu, pemain sayap JDT Muhammad Akhyar Abdul Rashid muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa pertama.
Malaysia mempunyai peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol dengan beberapa percubaan cantik, namun penjaga gol Turkmenistan Rasul Charyyev bertindak cemerlang termasuk menepis tendangan gunting Muhammad Akhyar dan menghalang serangan berganda Mohamad Faisal Abdul Halim pada separuh masa kedua.
Ini adalah kemenangan kedua Malaysia ke atas Turkmenistan selepas menewaskan skuad 'The Green' itu, 3-1, dalam aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Jun tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 24 2023
Kim Pan Gon berkata, keadaan padang tersebut membolehkan anak buahnya melakukan permainan pantas, justeru beliau berterima kasih kepada JDT. - Gambar fail
Cuaca panas: Suhu di Perlis, Pokok Sena boleh cecah 40 darjah Celcius
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca panas gelombang haba tahap dua di Perlis dan Pokok Sena, Kedah dengan ramalan suhu boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius.
MoT tidak terima inisiatif dana hasil jualan nombor pendaftaran kenderaan - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak menerima inisiatif dana daripada hasil penjualan nombor pendaftaran kenderaan.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam mereformasi sistem percukaian negara - MoF
Kerajaan sentiasa mengambil pendekatan yang berhati-hati dalam usaha mereformasi sistem percukaian negara.
Syarikat pengedar stoking kesal dengan kecuaian pembekal, mohon maaf
Syarikat pengedar Xin Jian Chang yang beroperasi di Batu Pahat Johor menyuarakan rasa kesal dengan kecuaian pembekalnya dari negara China.
Tindakan nekad polis selamatkan dua beranak dalam kebakaran
Tindakan pantas tiga anggota polis memecahkan pintu satu unit kondominium di Wangsa Maju, di sini, berjaya menyelamatkan dua beranak daripada lemas akibat terhidu asap dalam kebakaran, pada Isnin.
Kes saman fitnah: Na'im akan fail penghakiman ingkar terhadap Papagomo
Mohd Na'im akan memfailkan permohonan untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap blogger Papagomo dalam kes saman fitnah.
Kedah realisasi RM11.6 bilion pelaburan pada 2023
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (nNCIA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah merealisasikan pelaburan sebanyak RM11.6 bilion dan mewujudkan lebih 3,400 peluang pekerjaan pada 2023.
Jepun naikkan kadar faedah selepas 17 tahun
Bank of Japan mengakhiri kadar faedah negatif, program pelonggaran monetari paling agresif di dunia, hari ini. Dasar yang bermula sejak 2013 itu bertujuan melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan inflasi selepas aktiviti dan harga tidak berubah dalam ekonomi keempat dunia itu.
Harga minyak sawit mentah tertinggi dalam tempoh 12 bulan
Harga minyak sawit mentah (MSM) melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 12 bulan pada 15 Mac lalu dengan hampir 10 peratus melebihi harga penutup pada Februari.
Northport pecah rekod pengendalian kargo dari satu kapal
Northport (Malaysia) Bhd (Northport), ahli kumpulan MMC mencatat rekod baharu apabila mencapai 448,853 'freight weight tonnes' (FWT) kendalian kargo keluli tertinggi dari sebuah kapal.
FAM tetap pendirian kekal puas hati dengan keadaan padang SNBJ
FAM tetap dengan pendirian berpuas hati dengan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan digunakan menjelang perlawanan Malaysia menentang Oman.
PSM pastikan kualiti padang Stadium Nasional bersedia untuk aksi Oman - Hannah
Hannah yakin Perbadanan Stadium Malaysia akan memastikan kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil bersedia untuk aksi skuad Harimau Malaya menentang Oman.
Tak mungkin dihantar pulang! FAM pertahan Pan-gon bersama Harimau Malaya
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon akan terus membimbing skuad Harimau Malaya bagi mengharungi perlawanan penting termasuk pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Bintang Totenham Hotspur, Son Heung-Min puji Harimau Malaya
Kapten Korea Selatan itu kagum dengan kegigihan dan kesunggguhan pasukan Malaysia yang mampu bangkit dua kali daripada ketinggalan.
Pan Gon bangga pemain capai keputusan menakjubkan
Pan Gon mengakui sukar memotivasikan pemainnya menjelang perlawanan menentang Taegeuk Warriors selepas gagal mara ke pusingan 16 terbaik.
Pan Gon yakin di sebalik tekanan menggunung kendali skuad kebangsaan
Kim Pan Gon dedah hadapi tekanan besar dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.
Pan-gon perlu hati-hati buat pertukaran pemain ketika menentang Korea Selatan
Zainal Abidin mengingatkan Kim Pan-gon supaya lebih berhati-hati ketika melakukan pertukaran pemain ketika menentang Korea Selatan.
Rasional di sebalik kemasukan Insa yang tak pernah diturunkan sebelum ini?
Ketiadaan Mohamed Syamer umpama rahmat buat skuad Dilmun's Warriors yang merampas penguasaan bola dengan statistik 66 peratus.
Bukan salah sesiapa kecuali saya - Pan Gon
Malaysia akan melengkapkan baki saingan kumpulan bertemu juara dua kali Korea Selatan.
Bahrain jangka Harimau Malaya bukan mudah - Pizzi
Walaupun mencatat rekod baik menentang Harimau Malaya, Bahrain tidak akan mengharungi perlawanan dengan mudah.