KUALA LUMPUR: Keputusan memanggil pemain Terengganu FC Shahrul Nizam Ros Hasni menyertai kem latihan pusat menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2023 bulan depan adalah sebagai usaha memilih barisan terbaik skuad Harimau Malaya.
Ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon berkata pemain pertahanan berusia 24 tahun itu berpeluang untuk menilai potensinya dalam melengkapkan senarai 30 pemain yang dipanggil ke kem latihan semalam.
Selain Shahrul Nizam, beliau turut memanggil pemain Petaling Jaya FC V Ruventhiran, 21, bagi menggantikan pemain Negeri Sembilan FC Khair Jefri Jones yang terpaksa digugurkan selepas disahkan mengalami kecederaan buku lali ketika beraksi bersama kelabnya pada saingan Liga Super minggu lepas.
"Kami memanggil Ruventhiran dan Shahrul Nizam kerana mereka pemain muda dan amat berpotensi. Berdasarkan pelan taktikal, kita mahu lihat sama ada mereka sesuai atau tidak," katanya kepada pemberita di Wisma FAM semalam.
Ditanya sama ada beliau akan memanggil pemain bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan untuk menyertai kem latihan, Pan Gon berkata skuad B-23 negara akan memberi tumpuan kepada kejohanan di Uzbekistan selepas ini.
Bagaimanapun, beliau berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan skuad B-23 negara meskipun gagal melangkah ke final Sukan SEA ke-31 selepas tewas tipis kepada Vietnam, pada Khamis.
"Kami menyokong skuad B-23 untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kejohanan berikutnya tapi saya sangat gembira melihat potensi pemain muda negara dan akan menunggu masa sesuai apabila mereka diserapkan ke skuad senior kebangsaan," katanya.
Harimau Malaya akan menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Brunei pada 27 Mei dan Hong Kong pada 1 Jun.
Kedua-dua perlawanan persahabatan itu adalah sebagai persiapan skuad Harimau Malaya menghadapi saingan Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Bukit Jalil bulan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022
Kim Pan Gon berkata pemain pertahanan berusia 24 tahun itu berpeluang untuk menilai potensinya dalam melengkapkan senarai 30 pemain yang dipanggil ke kem latihan pada Jumaat. - Gambar fail/BERNAMA
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Shahrul Nizam kesal tak dapat beraksi di suku akhir Piala Malaysia
Dia yang mendapat jolokan 'kereta kebal' digantung satu perlawanan selepas dilayangkan kad merah ketika beraksi menentang Sri Pahang FC.
Pan Gon 'terpikat' potensi Shahrul Nizam
Pemain itu berpeluang untuk menilai potensinya dalam melengkapkan senarai 30 pemain yang dipanggil ke kem latihan pada Jumaat.
Piala Malaysia: Nafuzi enggan Shahrul Nizam terlalu terkesan dengan isu gagal lapor diri
Pemain berusia 23 tahun itu perlu kembali fokus bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang akan bersambung hujung bulan ini.
Tidak sertai sesi latihan Harimau Malaya, Shahrul mungkin didenda
Pemain Terengganu itu didakwa tidak melaporkan diri ketika sesi latihan skuad kebangsaan kerana turun ke laut.
Shahrul Nizam sudah tahu dalam senarai menunggu Harimau Malaya, kata Cheng Hoe
Pihaknya sudah menghubungi Shahrul Nizam sebelum senarai pemain dikeluarkan dan dia juga tahu dia dalam senarai menunggu.
Pertahanan TFC terlepas aksi antarabangsa kerana turun ke laut
Malaysia yang menduduki ranking ke-154 dunia akan berdepan Jordan (ke-93 dunia) di Stadium King Abdullah II di Amman pada 6 Okt.