PETALING JAYA: Pengendali skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon tidak sabar untuk menguji keberkesanan 'senjata baharu' pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Brunei di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Beliau berkata pelbagai input dan maklumat sudah dicurahkan terutama berkaitan formasi baharu yang diterapkan kepada anak buahnya sejak kem latihan pusat bermula Khamis lepas.
"Saya berpuas hati kerana pemain menerima dengan baik senjata baharu itu.
"Jika pemain menunjukkan hasil positif esok, kita boleh bermain (senjata baharu) dari semasa ke semasa supaya pasukan mempunyai banyak pendekatan dan menyukarkan pasukan lawan untuk menganalisis permainan kita," katanya pada sidang media praperlawanan persahabatan itu di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun pemain dilihat mengalami keletihan namun berbangga serta berpuas hati kerana anak buahnya tidak mengeluh sebaliknya bersemangat dan jurulatih dari Korea Selatan itu teruja untuk melihat hasilnya esok.
Menyedari bahawa peminat bola sepak mahukan kemenangan, Pan Gon berharap anak buahnya akan memberikan persembahan terbaik, kesungguhan, sikap dan tenaga positif dalam setiap perlawanan diharungi mereka.
"Kita perlu mengubah dan membina perkara terbaik untuk peminat serta tahu apa yang mereka mahu... Saya tidak boleh memberikan kemenangan dalam setiap perlawanan tetapi kita akan menunjukkan kesungguhan, semangat, dinamik, agresif atau menguasai permainan dan sekurang-kurangnya buat mereka bangga dengan semangat ini, bersatu dan berjuang untuk bola sepak Malaysia," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih Brunei Rosanan Samak berkata mereka telah membuat persiapan rapi untuk bertemu Malaysia sejak Ramadan lepas selepas lebih setahun tanpa aksi kompetitif di peringkat antarabangsa susulan kawalan ketat dikenakan oleh pihak berkuasa di negara itu dalam mengekang ancaman wabak COVID-19.
Bagaimanapun, Rosanan berjanji akan memastikan anak buahnya memberi tentangan sengit ketika menentang Malaysia esok.
Selain Brunei, Malaysia dijadual berdepan Hong Kong dalam satu lagi aksi persahabatan pada 1 Jun sebelum berdepan Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) dalam Kumpulan E, kempen kelayakan Piala Asia 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022
Pan Gon (dua, kanan) bersalaman dengan Ketua Jurulatih Pasukan Brunei Rosanan Samak ketika sidang media perlawanan persahabatan antara pasukan Malaysia menentang Brunei di Wisma FAM. - Bernama
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.