Pandelela, Jun Hoong raih pingat perak pada Siri Dunia FINA

Bernama
Mac 3, 2017 10:48 MYT
Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong meraih pingat perak pada Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2017 di Beijing. - Gambar fail
Pasangan penerjun wanita negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong meraih pingat perak pada Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2017 di Beijing, hari ini.
Menurut laman web rasmi www.fina.org, pasangan Malaysia itu meraih perak setelah mengumpul 316.08 mata dalam acara 10m platform seirama wanita pada hari pertama kejohanan berkenaan.
Chang Yani/Ren Qia dari China memenangi pingat emas selepas mengumpul 340.26 mata, sementara pasangan Korea Utara, Kim Kuk Hyang/Kim Mi Rae meraih gangsa selepas mengutip 313.92 mata.
Pandelela-Jun Hoong merupakan pemenang pingat perak acara 10m platform seirama wanita pada Sukan Olimpik Rio 2016.
-- BERNAMA
#Cheong Jun Hoon #Pandelela Rinong #Sukan Olimpik Rio 2016