[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

Pandelela layak ke akhir, tempat ketujuh pada pusingan awal

Bernama 04/08/2022 | 16:03 MYT
Pandelela menduduki tempat ketujuh dengan mengumpulkan 283.50 mata pada pusingan awal yang berlangsung di Pusat Akuatik Sandwell. - Gambar fail
BIRMINGHAM: Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong, mencapai sasaran hari ini apabila layak ke final acara terjun 10 meter platform wanita di Sukan Komanwel Birmingham 2022 di sini hari ini.
Pandelela menduduki tempat ketujuh dengan mengumpulkan 283.50 mata pada pusingan awal yang berlangsung di Pusat Akuatik Sandwell.
Penerjun tuan rumah Andrea Spendolini Sirieix menguasai pusingan awal dengan mengumpulkan 360.60 mata.
Final akan berlangsung pada 7.29 malam waktu tempatan (2.29 pagi Khamis waktu Malaysia).
-- BERNAMA
#Pandelela Rinong #Sukan Komanwel Birmingham 2022 #Andrea Spendolini Sirieix #acara terjun 10 meter platform wanita