Paralimpik Rio: Pecah rekod dunia, Latif Romly hadiahkan emas ketiga negara

Astro Awani
September 11, 2016 15:20 MYT
Atlet yang berasal dari Perlis itu sudahpun mencatatkan rekod dunia dalam lompatan kedua, ketiga dan keempatnya. - Foto Bernama
ATLET Paralimpik negara, Abdul Latif Romly, menghadiahkan pingat emas ketiga negara di Sukan Paralimpik Rio apabila menewaskan pesaingnya yang lain dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual), dengan catatan 7.60 meter (m) dalam lompatan kelima.
Atlet yang berasal dari Perlis itu dalam lompatan kedua dan ketiga dan keempatnya sahaja sudahpun memecahkan rekod dunia bagi acara tersebut, dengan catatan 7.47m dan 7.54m.
Lompatan pertamanya dibatalkan, manakala lompatan keempat pula sekadar mencatatkan 6.79m.

Official. Another WORLD RECORD. Latif tak bagi chance langsung. #TerbangLatifTerbang #GoForGold pic.twitter.com/AZ9chNv0UT

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 11, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Satu lagi rekod dunia dari Latif 7.54m #TerbangLatifTerbang #EmasUntukNegara @Khairykj pic.twitter.com/eFyqvQ76bn

— ISNMalaysia (@isnmalaysia) September 11, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

World Record 7.47 #LatifRomly pic.twitter.com/3Mg5EWkZSC

— Azhani Hazis (@hanz_azhani) September 11, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak lalu, Abdul latif mencatatkan lompatan sejauh 7.46 meter, mengatasi catatan peribadi terbaiknya 7.35m yang dilakukannya di Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) 2015 di Doha.
Beliau merupakan antara atlet yang disebut-sebut sebagai prospek pingat untuk negara sebelum pemergian kontinjen negara ke Rio.
Terdahulu, Malaysia meraih emas pertama di Paralimpik Rio dalam acara 100m T36 (celebral palsy) yang disumbangkan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, dengan rekod baharu dunia.
Pingat emas kedua negara diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).
##TerbangLatifTerbang #Abdul Latif Romly #atlet negara #Paralimpik Rio #Sukan Paralimpik