Paralimpik Tokyo 2020: Bantahan Malaysia dibawa ke mesyuarat CDM pagi esok - Ahmad Faizal

Astro Awani
Ogos 31, 2021 14:32 MYT
Bantahan Malaysia berhubung pembatalan pingat emas Ziyad sudah dihantar kepada penganjur. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan buat masa ini, keputusan penganjur mengenai pembatalan pingat emas jaguh lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli, masih tidak berubah.
Bagaimanapun, katanya bantahan daripada Kontinjen Malaysia, Australia dan Ecuador akan dibawa ke Mesyuarat Chef de Mission (CDM) pasukan bertanding, pagi esok.
"Protes drpd Ukraine masih diterima. Counter protest drpd 3 negara akan dibawa ke mesy CDM esok pagi. Kita pertahankan!! Mohon doa rakyat Msia," katanya dalam laman Twitter sebentar tadi.

Update Tokyo - Protes drpd Ukraine masih diterima. Counter protest drpd 3 negara akan dibawa ke mesy CDM esok pagi. Kita pertahankan!! Mohon doa rakyat Msia.

— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) August 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, beliau memaklumkan bantahan Malaysia berhubung pembatalan pingat emas Ziyad sudah dihantar kepada penganjur.
Katanya, pegawai Kontinjen Malaysia menyertakan semua bukti termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam dan luar bilik menunggu (call room).
"Update terbaru Tokyo - Protest submitted. Termasuk semua bukti CCTV di call room dan luar call room. Doakan," katanya sebentar tadi.

Counter protest masih dalam proses. Kita sama2 doakan pic.twitter.com/oIBTBy4NVq

— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) August 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: 'Protes Ukraine lemah, doakan...' - Faizal Azumu
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Protes atlet Ukraine, Ziyad terlepas pingat emas
Beliau turut memberi gambaran Malaysia mungkin masih mempunyai harapan mendapatkan kembali pingat berkenaan kerana protes yang dilakukan atlet Ukraine amat lemah.
Ziyad sebelum ini secara tidak rasmi berjaya meraih pingat emas kedua untuk negara dan memecahkan rekod dunia pada acara akhir lontar peluru F-20, menerusi lontaran ketiganya, dengan catatan 17.94 meter.
Kemenangan beliau bagaimanapun dibatalkan selepas atlet Ukraine, Maksym Koval, membuat bantahan.
Kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.
#Paralimpik Tokyo #Tokyo 2020 #Muhammad Ziyad Zolkefli #Faizal Azumu #Bantahan