[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
SUKAN

Paralimpik Tokyo 2020: Lebur rekod Paralimpik, Bonnie butir pingat emas pertama

Astro Arena 28/08/2021 | 03:21 MYT
Bonnie telah memecahkan rekod Paralimpik dengan 228kg sekaligus meninggalkan pencabar terdekat Mahmoud Attia dari Mesir. - Facebook Majlis Sukan Negara
TOKYO: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, menjadi atlet negara yang pertama meraih pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg) di Tokyo International Forum, sebentar tadi.
Atlet berusia 22 tahun dari Sarawak yang dilihat sebagai pencabar utama pingat untuk acara itu selepas memecah rekod dunia 230 kg pada Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lalu.
Bonnie telah memecahkan rekod Paralimpik dengan 228kg sekaligus meninggalkan pencabar terdekat Mahmoud Attia dari Mesir di tempat kedua (191kg) dan Micky Yule dari Great Britain di tempat ketiga (182 kg).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sumber Facebook majlissukannegaramalaysia
#Paralimpik Tokyo 2020 #Bonnie Bunyau Gustin #pingat emas #powerlifting