Paralimpik Tokyo 2020: Perak kedua buat Malaysia melalui atlet Boccia, Chew Wei Lun

Astro Awani
September 1, 2021 08:52 MYT
Walaupun berada di ranking ke-11 dunia, Wei Lun tidak patah semangat untuk memberi saingan sengit kepada pesaingannya yang merupakan ranking pertama dunia. - Foto Astro Arena
KUALA LUMPUR: Malaysia meraih perak ketiga buat negara melalui atlet Boccia negara, Chew Wei Lun selepas tewas kepada atlet Britain, David Smith dengan skor 2-4.
Wei Lun menyumbang pingat itu menerusi acara individu BC1 pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Walaupun berada di ranking ke-11 dunia, Wei Lun tidak patah semangat untuk memberi saingan sengit kepada pesaingannya yang merupakan ranking pertama dunia.
Sebelum itu beliau telah berjaya mengalahkan pemain di ranking lebih tinggi iaitu Sungjoon Jung dari Korea (WR - 8) dan Witsanu Huadpradit dari Thailand (WR - 2).

TAHNIAH PERAK !! PINGAT KETIGA BUAT MALAYSIA dihadiahkan oleh Atlet Boccia Negara, Chew Wei Lun menentang Jaguh dari Great Britain David Smith .@smithy2389 pic.twitter.com/dRad9zziOV

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Chew Wei Lun #Paralimpik Tokyo 2020 #David Smith #boccia