awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paralimpik Tokyo: Abu Samah bangkit untuk mara ke pusingan kedua

Bernama
Bernama
27/08/2021
14:51 MYT
Paralimpik Tokyo: Abu Samah bangkit untuk mara ke pusingan kedua
Abu Samah mara ke peringkat kedua selepas berjaya menewaskan wakil Costa Rica, Jose Pablo Gil dalam perlawanan yang berlangsung selama 2 jam 19 minit itu di Ariake Tennis Park. - Stadium Astro
TOKYO: Pemain tenis kerusi roda kebangsaan, Abu Samah Borhan melepasi halangan pertama dengan penuh bergaya pada aksi pertama Sukan Paralimpik Tokyo hari ini.
Abu Samah mara ke peringkat kedua selepas berjaya menewaskan wakil Costa Rica, Jose Pablo Gil dalam perlawanan yang berlangsung selama 2 jam 19 minit itu di Ariake Tennis Park.
Walaupun tewas pada set pertama 4-6, pemain ke-44 dunia itu bangkit dengan menampilkan aksi cemerlang bagi mengecewakan lawannya dalam dua set berikutnya 6-3, 6-2, untuk mara ke pusingan kedua esok.
Pemain berusia 36 tahun dari Perak itu dijangka berdepan laluan getir pada peringkat kedua apabila bertemu pemain pilihan kelapan dari Belanda, Tom Egberink.
Berdasarkan rekod pertemuan, Abu Samah tewas dua kali dalam perlawanan sebelum ini di tangan Egberink pada saingan suku akhir Terbuka Busan di Korea Selatan pada 12014 dan 2015.
Sementara itu, Abu Samah yang ditemui selepas perlawanan mengakui gagal mengikut rentak permainan Jose menyebabkan beliau kalah pada set pertama namun berjaya mengubah strategi termasuk memperkemaskan teknik servis dan mengelak kesilapan tidak sepatutnya untuk memenangi perlawanan tersebut.
Pemenang emas Sukan Para ASEAN 2017 itu berkata beliau akan melakukan analisa bersama jurulatihnya untuk cuba meneruskan rentak kecemerlangan esok.
Kemenangan Abu Samah itu juga menyaksikan beliau memperbaiki prestasinya selepas tersingkir di pusingan pertama ke atas pemain Great Britain, Alfie Hewett 0-6, 1-6, dalam penampilan pertamanya pada temasya berprestij itu di Rio 2016.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Tenis Kerusi Roda Malaysia Muhd Iqbal Sulaiman yang gembira melihat prestasi dijelmakan Abu Samah menganggap pertemuan dengan Egberink harus dimanfaatkan sepenuhnya dengan cuba memberi tentangan sengit.
Sukan Paralimpik Tokyo yang membuka tirai Selasa lepas akan berakhir 5 Sept ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Paralimpik Tokyo
#Tokyo 2020
#tenis kerusi roda
#Abu Samah Borhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan