SEPANG: Selepas lebih 10 hari Sukan Olimpik melabuhkan tirai, kini tiba masa bagi atlet para negara untuk berjuang habis-habisan demi Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos ini hingga 5 Sept ini.
Kumpulan pertama terdiri daripada dua pegawai dan lima atlet berbasikal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini ke negara matahari terbit itu pagi tadi.
Sementara, kumpulan kedua 15 individu diketuai Ketua Kontinjen Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin bersama skuad renang, ping pong, Pengarah Bahagian Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) Mohd Sofian Hamzah serta staf Institut Sukan Negara (ISN) dijadual berlepas menaiki pesawat Malaysia Airlines MH 9118 pada 10.50 malam ini.
Majlis perlepasan dengan kibaran Jalur Gemilang disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) MSN Suhardi Alias di Balai Pelepasan, di sini.
"Kami akan melakukan yang terbaik sebaik tiba di Tokyo. Setakat ini, tak ada apa-apa simptom atau 'break down' atau kemurungan, insya-Allah semua okay. Kita akan menjalani ujian air liur sejurus sampai di sana dan pada setiap hari sepanjang berada di sana.
"Saya juga dah ingatkan kepada atlet, semua orang melalui liku-liku yang sama ketika berada di gelanggang tanpa kejohanan dan persaingan, anda juga sama...jadi tiada sebab nak katakan tidak bersedialah, tidak cukup pertandingan," kata Megat ketika ditemui pemberita.
Kumpulan terbesar sejumlah 28 atlet dan pegawai terdiri daripada skuad memanah, olahraga, boccia, powerlifting, tenis berkerusi roda dan pegawai ISN dijadual berlepas Sabtu ini, manakala skuad badminton seramai tiga orang akan bertolak pada Selasa.
Malaysia akan diwakili 22 atlet para dalam sembilan jenis sukan pada Paralimpik kali ini, selepas berjaya meraih tiga pingat emas dan sebutir gangsa, kesemuanya menerusi olahraga pada edisi lepas di Rio 2016, yang juga merupakan pencapaian terbaik kontinjen Malaysia di temasya itu sejak 1972.
Bagi edisi kali ini, kontinjen negara diletakkan sasaran untuk membawa pulang tiga pingat emas.
BERNAMA akan membuat liputan dan menyalurkan perkembangan terkini aksi wira dan wirawati negara dari Tokyo sepanjang temasya sukan itu berlangsung.
Senarai atlet Malaysia ke Paralimpik Tokyo 2020:
Olahraga: Abdul Latif Romly; Muhammad Ziyad Zokefli; Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi; Wong Kar Gee; Siti Noor Lasah Mohamad Ariffin
Berbasikal: Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin; Muhammad Hafiz Jamali; Zuhairie Ahmad Tarmizi; Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais; Nurul Suhada Zainal
Renang: Brenda Anelia; Muhammad Nur Syaiful Zulkefli; Jamery Siga
Memanah: S. Suresh; Wiro Julin
Badminton: Cheah Liek Hou; Didin Terasoh
Boccia: Chew Wei Lun
Powerlifting: Bonnie Bunyau Gustin; Jong Yee Khie
Ping Pong: Chee Chaoming
Tenis Kerusi Roda: Abu Samah Borhan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 19 2021
Datuk Seri Megat Shahriman (depan, kiri) bersama atlet serta pegawai yang akan ke Temasya Sukan Paralimpik 2020 Tokyo bergambar sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Juara Paralimpik Tokyo hulur bantuan kepada mangsa banjir di Selangor
Juara dunia sebanyak enam kali itu mengorbankan masa sebagai atlet dengan turun padang menghulurkan sumbangan.
Liek Hou tidak dapat tidur lena lepas menang emas bersejarah
Cheah Liek Hou berasa cukup istimewa dengan kejayaan manis meraih emas bagi kategori SU5 (kecacatan fizikal), semalam.
Syabas Liek Hou, sumbang emas kedua di Paralimpik Tokyo - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan syabas kepada jaguh badminton negara, Cheah Liek Hou.
Paralimpik Tokyo 2020: Malaysia cuba dapatkan rakaman CCTV sebagai bahan bukti
Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin berkata, langkah itu bertujuan untuk dijadikan bahan bukti bagi tindakan lanjut yang akan dibuat selepas ini.
Paralimpik Tokyo 2020: Sidang media CDM jam 2.30 petang, perjelas status pingat Ziyad
Sidang media berkenaan bakal diadakan oleh pihak Chef-De-Mission (CDM) sebentar nanti bagi menjelaskan status pingat bagi acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan fizikal) itu.
Paralimpik Tokyo 2020: Strategi kami menjadi - Jurulatih
Risiko tinggi dipertaruhkan kem powerlifting negara ke atas Bonnie Bunyau Gustin membuahkan hasil apabila berjaya menghadiahkan emas pertama negara di Sukan Paralimpik Tokyo.
COVID-19: 21 daripada 47 daerah di Jepun dalam perintah darurat
Kekhuatiran memuncak ketika negara itu sedang melangsungkan sukan Paralimpik Tokyo sehingga 5 September depan.
Paralimpik Tokyo: Kini tiba giliran atlet para berjuang demi negara
Kini tiba masa bagi atlet para negara untuk berjuang habis-habisan demi Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos ini hingga 5 Sept ini.
Paralimpik Tokyo: Kes pertama COVID-19 dikesan di perkampungan atlet
Kes pertama COVID-19 telah dikesan di perkampungan atlet Paralimpik Tokyo 2020 pada Khamis, hanya beberapa hari sebelum pertandingan bermula.
Paralimpik Tokyo 2020: Jamery Siga tidak sia-siakan pesanan mendiang isteri
Jamery mahu bangkit semula daripada kegelapan dan kini berusaha ke arah mencapai misi dalam Sukan Paralimpik Tokyo.