awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paris sudah sedia untuk sukan paralimpik, kata Presiden IPC

Bernama
Bernama
28/08/2024
03:55 MYT
Paris sudah sedia untuk sukan paralimpik, kata Presiden IPC
Penukaran venue Sukan Olimpik untuk Sukan Paralimpik tidak memberikan cabaran atau kesukaran dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menegaskan bahawa Paris sudah bersedia. - Gambar Bernama
PARIS: Penukaran venue Sukan Olimpik untuk Sukan Paralimpik tidak memberikan cabaran atau kesukaran dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menegaskan bahawa Paris sudah bersedia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Jika seseorang bertanya kepada saya sama ada bandaraya ini sudah bersedia, saya akan katakan ya.
"Anda perlu membandingkan kemajuan Paris dalam keterangkuman sepanjang tujuh tahun lepas dengan Sukan Paralimpik memainkan peranan penting dalam peningkatan ini," kata Presiden IPC, Andrew Parsons.
Menjelang upacara pembukaan pada Rabu, Parsons memuji usaha kerajaan Perancis.
"Kira-kira EUR1.5 bilion telah dilaburkan di seluruh negara dalam projek yang menumpukan kepada keterangkuman dan kebolehcapaian. Bandaraya Paris juga telah melabur EUR125 juta dalam usaha ini," katanya.
Tumpuan besar diberikan kepada sistem pengangkutan. Kira-kira 1,000 teksi telah diubah suai untuk memenuhi keperluan orang kurang upaya.
Selain itu, lebih 200 bas telah diubah suai untuk membawa enam kerusi roda setiap satu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Paralimpik 2024
#Paris 2024
#Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
#Paris sudah bersedia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan