[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
SUKAN

Park Tae-su sertai PDRM FC

Astro Arena 24/06/2025 | 03:40 MYT
Park Tae-su mula menyertai Sabah pada 2019, di mana dia kemudian merekodkan 106 penampilan dan menjaringkan 20 gol. - Foto Astro ARENA
BEKAS kapten Sabah FC, Park Tae-su, dilaporkan hampir pasti akan menyertai PDRM FC bagi saingan Liga Malaysia musim 2025-26.
Menurut wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, pertahanan berusia 35 tahun itu dijangka menandatangani kesepakatan dengan PDRM dalam masa terdekat selepas kontraknya tidak disambung Sabah.
Sebagai rekod, pemain kelahiran Incheon, Korea Selatan itu mula menyertai Sabah pada 2019, di mana dia kemudian merekodkan 106 penampilan dan menjaringkan 20 gol.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Liga Super #Sabah FC #Park Tae-su #PDRM FC