[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
SUKAN

Pasukan Abuja, JKU diserang ribuan lebah ketika ligat beraksi

Astro Arena 07/09/2025 | 02:15 MYT
Pemain terpaksa meniarap di atas padang dan terpaksa berlindung bagi mengelakkan diri daripada sengatan lebah. - Foto Facebook/City FC Abuja
PERLAWANAN pramusim antara pasukan Abuja City dan JKU terpaksa dihentikan seketika susulan diserang ribuan lebah ketika perlawanan berlangsung di Stadium Kwaraa, Tanzania, Jumaat lalu.

Dalam satu video yang tular menyaksikan semua pemain, staf kejurulatihan kedua-dua pasukan termasuk jurukamera dan pengadil perlawanan terpaksa meniarap di atas padang dan terpaksa berlindung bagi mengelakkan diri daripada sengatan lebah.

Begitupun, perlawanan masih tetap diteruskan ketika serangan lebah itu berlaku, dan penonton terus memberikan sokongan sebaik perlawanan bersambung dan keadaan kembali reda.

Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan 2-1 berpihak kepada Abuja City hasil jaringan Ezra Maren dan Oscar Otu menewaskan pasukan tuan rumah. - Stadium Astro






#Abuja City #JKU #diserang lebah #Stadium Kwaraa