awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan Argentina memperingati ulang tahun pemergian Maradona

Bernama
Bernama
26/11/2022
04:35 MYT
Pasukan Argentina memperingati ulang tahun pemergian Maradona
Diego Armando Maradona Sinagra, anak Maradona, melihat lukisan dan barang-barang kenangan lain ketika hadir pada upacara mengingati bapanya sempena ulang tahun kedua pemergiannya, di Naples, Itali, 25 Nov 2022. (Foto AP)
BUENOS AIRES: Pasukan bola sepak Argentina yang menyertai perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar meluangkan masa untuk memperingati legenda bola sepak Diego Armando Maradona, sempena dua tahun pemergiannya.
Maradona meninggal dunia pada 25 Nov 2020 akibat serangan jantung pada usia 60 tahun selepas menjalani pembedahan otak 'subdural hematoma'.
Lionel Messi memuat naik cerita di Instagram dengan gambar bintang bola sepak legenda itu memakai jersi biru dan putih nombor 10, lapor Xinhua.
Pengurus Lionel Scaloni pada sidang akhbar menjelang perlawanan menentang Mexico berkata: "ia hari sangat menyedihkan" merujuk kepada ulang tahun pemergian Maradona.
Penyerang Lautaro Martinez berkata skuad Argentina mengenang tokoh yang membolehkan Argentina muncul juara Piala Dunia pada 1986 di Mexico dan naib juara 1990 di Itali.
"Beliau sangat penting bukan sahaja kepada Argentina tetapi juga kepada bola sepak dunia. Ia hari yang menyedihkan untuk kami semua...," kata Martinez.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Argentina
#Maradona
#legenda bola sepak
#ulang tahun pemergian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan