awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan Liga-M dijangka terima vaksin pada fasa ketiga - MFL

Bernama
Bernama
24/05/2021
10:46 MYT
Pasukan Liga-M dijangka terima vaksin pada fasa ketiga - MFL
Pasukan JDT akan menghadapi peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara AFC dari 22 Jun hingga 7 Julai di Thailand manakala Terengganu FC dan KDA FC bersaing dalam peringkat kumpulan Piala AFC bermula 29 Jun hingga 6 Julai di S'pura. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pemain dan pasukan Liga Malaysia (Liga-M) dijangka menerima suntikan vaksin pada fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan berkata atas inisiatif sendiri beberapa pasukan bakal menghadap kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah menerima vaksin tersebut.
Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menghadapi peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara AFC dari 22 Jun hingga 7 Julai di Thailand manakala Terengganu FC (TFC) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC bersaing dalam peringkat kumpulan Piala AFC bermula 29 Jun hingga 6 Julai di Singapura.
"Berkemungkinan besar vaksin untuk pemain Liga-M dilaksanakan dalam fasa ketiga kerana buat masa ini kerajaan mendahulukan golongan yang lebih memerlukan," katanya ketika dihubungi hari ini.
KDA FC dilaporkan menerima suntikan pertama pada 13 April lalu, manakala TFC pula dilaporkan mendapat vaksinasi semalam.
Seramai 29 pemain dari pasukan kebangsaan, yang kini berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk persediaan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, melengkapkan dos kedua pada 10 Mei lalu.
Sementara itu, Ab Ghani berkata pihaknya dijangka mengumumkan pindaan jadual Liga-M dalam minggu ini, berikutan peningkatan tempoh kuarantin ke 14 hari sejurus tiba ke tanah air, berbanding tempoh tujuh hari sebelum ini.
Terdahulu, MFL menjadualkan Liga Premier bersambung semula pada 18 Jun ini selepas skuad negara kembali ke tanah air manakala Liga Super bermula semula pada 9 Julai selepas saingan AFC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga-M
#Liga Malaysia
#Liga Bola Sepak Malaysia
#MFL
#Ab Ghani Hassan
#Konfederasi Bola Sepak Asia
#afc
#Emiriah Arab Bersatu
#Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan