awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan petanque Malaysia dan Thailand juara kejohanan antarabangsa

Bernama
Bernama
28/08/2022
15:50 MYT
Pasukan petanque Malaysia dan Thailand juara kejohanan antarabangsa
Kejohanan itu berjaya dilaksanakan kerana mendapat sambutan dari dalam dan luar negara serta telah menerima pengiktirafan Malaysia Books of Records bagi penyertaan teramai sukan petanque. - Gambar/ Bernama
JOHOR BAHRU: Pasukan petanque dari Malaysia dan Thailand muncul juara Kejohanan Petanque Terbuka Lelaki dan Wanita Antarabangsa Johor 2022 di Arena Emas di sini, yang melabuhkan tirainya hari ini.
Kategori lelaki dimenangi pasukan Madu Tiga PW9 dari Malaysia yang diwakili atlet Thailand, Thanakorn Sangkeaw dan Chaiwat Ketngam dengan mata 13-4, selepas menewaskan pasukan Madu Tiga PW10 dari Thailand diwakili Naratip Nunut dan Sakkareeya Sanyen pada perlawanan akhir berlangsung selama sejam.
Bagi kategori wanita, dimenangi pasukan Thailand A dari Thailand diwakili Nantawan Fueangsanit dan Phantipha Wongchuvej setelah menewaskan pasukan Jatim Indonesia A dari Indonesia diwakili Anjani Dwi Apriliah dan Sephia Febriyanti dengan mata 13-7, juga berlangsung selama sejam.
Pasukan Sukma Johor 4 dari Malaysia diwakili atlet negara Mohd Arif Kana dan Mohamed Syahzwan Mohamed Sani yang meraih gangsa pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam hanya dapat menamatkan perlawanan pada peringkat suku akhir.
Sementara itu, Phantipha berkata pasukannya dapat menjangkakan akan meraih kemenangan berdasarkan pengalaman mereka, namun kejohanan itu tetap memberi cabaran dan kesulitan kerana perbezaan permukaan padang serta perlu menggunakan teknik berlainan.
"Selain itu terdapat banyak pasukan dalam pertandingan ini, bagaimanapun kami berjaya menewaskan mereka," katanya yang pernah meraih emas bersama pasangannya Nantawan dalam Kejohanan Petanque Dunia 2021 di Santa Susanna, Sepanyol.
Juara bagi kategori lelaki membawa pulang medal dan trofi serta wang berjumlah RM6,000 manakala wanita pula membawa pulang RM4,000 bersama medal dan trofi.
Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) Datuk On Jabbar berkata kejohanan itu berjaya dilaksanakan kerana mendapat sambutan dari dalam dan luar negara serta telah menerima pengiktirafan Malaysia Books of Records bagi penyertaan teramai sukan petanque.
"Lebih 900 orang menyertai kejohanan ini dengan 474 pasukan, sangat luar biasa, malah penyertaan pasukan dari Johor sangat memberangsangkan. Kejohanan ini akan dimasukkan dalam kalendar tahunan Persekutuan Petanque Antarabangsa (FIPJP) sebagai kejohanan tahunan dan dijangka diadakan pada tahun depan," katanya.
Beliau berkata kejohanan itu juga pada masa sama dapat memberikan pendedahan kepada atlet petanque negara dan menjadi pentas pemanas badan bagi persediaan mereka menghadapi Sukma ke-20 bermula dari 16 hingga 24 Sept ini.
Kejohanan yang mempertandingkan kategori berpasangan lelaki dan wanita dengan dua orang setiap pasukan serta disertai sembilan negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Filipina, Kemboja, Nepal, dan Korea Selatan itu diadakan di dua lokasi iaitu Arena Emas dan Arena Petanque MBJB di sini selama dua hari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#petanque
#Malaysia
#Thailand
#Petanque Terbuka Antarabangsa Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan