PETALING JAYA: Pemain sayap kebangsaan Muhammad Safawi Rasid sanggup melupakan seketika untuk berbulan madu bersama isteri yang juga pelakon Syifa Melvin, bagi memastikan dirinya dapat beraksi pada Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.
Muhammad Safawi, yang selamat diijabkabulkan bersama Syifa pada 28 Nov, berkata lebih membanggakan isterinya merestui hajatnya selain memberi kata-kata semangat untuk merebut tempat dalam barisan akhir skuad Harimau Malaya, pada kejohanan bola sepak berprestij di Asia Tenggara itu.
"Terima kasih kepada semua yang berikan ucapan (perkahwinan), ini semua menjadi motivasi dan saya bangga pasukan kebangsaan panggil saya kali ini, harap dapat buktikan sesuatu (jika bermain) dalam kejohanan (Piala AFF)," katanya kepada pemberita selepas melapor diri pada sesi latihan di sini, pada Isnin.
Sekiranya dapat beraksi di Piala AFF kelak, Muhammad Safawi atau lebih dikenali Pawi berharap, dapat menggunakan peluang tersebut untuk memperoleh lebih banyak minit permainan, selepas sering memanaskan bangku simpanan di Johor Darul Ta'zim (JDT) pada musim 2022.
Mengulas mengenai perpindahannya ke kelab Thailand, Ratchaburi FC pada musim depan, pemain berusia 25 tahun itu mempunyai misi dalam mengembalikan semula momentumnya, selain berharap mampu membantu kelab baharunya meraih kejayaan.
"Bagi saya corak permainan liga bola sepak Thailand banyak bermain ball possession dan permainan yang laju. Jadi ini mungkin tempat terbaik untuk saya dapatkan momentum, saya tak nak duduk di bangku simpanan lagi," katanya yang dipinjamkan ke Ratchaburi FC selama setahun.
Pemain kelahiran Terengganu itu pada masa sama berpendapat, dua siri perlawanan antarabangsa Tier 1 bertemu Kemboja dan Maldives, masing-masing pada 9 dan 14 Dis ini, merupakan platform terbaik bagi mengumpul mata, dalam usaha skuad kebangsaan berada di kelompok 125 terbaik bagi ranking FIFA.
Sementara itu, pemain baharu Stuart Wilkin, merasa amat berbangga kerana telah dipanggil Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon dan berharap untuk membuktikan yang beliau layak untuk pasukan kebangsaan.
"Saya banyak belajar dari Pan Gon dalam tempoh singkat, saya telah menyertai empat sesi setakat ini, tetapi saya dapat faham dengan jelas mengenai jenis permainan bola sepak yang beliau mahu kami mainkan serta peranan saya dalam pasukan.
"Untuk pemain baharu, kami perlu membuka minda sebaik mungkin, bekerja keras dan memastikan untuk mendengar kepada semua taktik yang beliau sedikan untuk kami," kata pemain tengah Sabah FC itu.
Hanya 23 pemain akan dibawa ke saingan Piala AFF 2022, selepas Pan Gon menilai prestasi pemain pada dua aksi antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja dan Maldives.
Pada saingan Piala AFF 2022, skuad Harimau Malaya yang diundi dalam Kumpulan B akan bertemu Myanmar di Yangon (21 Dis), Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (24 Dis), Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan Singapura di Bukit Jalil (3 Jan).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022

Pemain Harimau Malaya Muhammad Safawi Rasid ditemui media di kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Wisma FAM. - Foto BERNAMA

Insiden bakar al-Quran: OIC tuntut tindak balas tegas
Tindakan sengaja mencemarkan al-Quran dan menghina Nabi Muhammad tidak boleh dilihat sebagai insiden kebiasaan Islamofobia.

Tiada dokumen sulit ditemui di rumah Joe Biden
Pencarian selama empat jam itu berkaitan siasatan berhubung pengendalian dokumen sulit kerajaan AS.

Pemandu maut, treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan
Kemalangan melibatkan sebuah treler muatan minyak hitam dan diesel yang terbabas di pembahagi jalan dan terbalik.

COVID-19: Myanmar lanjut sekatan hingga akhir Februari
Pelanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari.

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Katanya, negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Jawatan FIFA kelebihan untuk bangunkan bola sepak negara, dunia - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.

Ini Bukit Jalil, anda tak boleh 'menari' di sini - Muhammad Safawi
Katanya, kejayaan itu lebih manis apabila menafikan niat pemain skuad Singa untuk 'menari' di gelanggang keramat skuad Harimau Malaya.

Piala AFF: Safawi harap tuah kali ketiga
Muhammad Safawi yang bakal menyertai Ratchaburi FC Thailand secara pinjaman musim depan juga cepat meredakan kebimbangan bahawa skuad Harimau Malaya kali ini kurang mantap.

Pawi 'tolak tepi' bulan madu, fokus rebut tempat ke Piala AFF
Isterinya merestui hajatnya selain memberi kata-kata semangat untuk merebut tempat dalam barisan akhir skuad Harimau Malaya.

Suasana harmoni 'rahsia' skuad Harimau Malaya - Muhammad Safawi
Keharmonian dalam pasukan dorong skuad Harimau Malaya meraih keputusan memuaskan pada kejohanan Piala Raja Thailand.

Saksikan kebangkitan Harimau Malaya di Kota Singa - Safawi
Latihan berintensiti tinggi yang diterapkan barisan kejurulatihan baharu dilihat mampu membantu beliau dan rakan sepasukan mempamerkan aksi yang lebih mantap.

Safawi mohon maaf aksi rai jaringan tewaskan Thailand
Muhammad Safawi beri jaminan tidak akan mengulangi gaya meraikan jaringan yang tidak menyenangkan itu.

JDT terus unggul di persada Liga Super
Juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus unggul di persada liga selepas mencatatkan kemenangan bergaya 4-0 ke atas UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam, malam ini.

Muhammad Safawi meningkat selepas dipinjamkan ke kelab Portugal - Mora
Mutu permainan penyerang kebangsaan Muhammad Safawi Rasid semakin meningkat selepas bersama kelab bola sepak Portugal, Portimonense SC selama tiga bulan pada musim lepas.

JDT kuasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020
Farizal Marlias dinobatkan penjaga gol terbaik, Aidil Zafuan Abdul Radzak menang anugerah pemain pertahanan terbaik, Safawi Rasid dipilih pemain tengah terbaik.

Safawi tidak akan patah semangat - Cheng Hoe
Cheng Hoe secara peribadi mengakui perkembangan itu mempunyai lebih banyak nilai positif daripada negatif.