awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pearly-Thinaah enggan dabik dada kejayaan di Japan Masters

Bernama
Bernama
17/11/2025
10:15 MYT
Pearly-Thinaah enggan dabik dada kejayaan di Japan Masters
Pasangan itu berkata mereka akan menikmati detik berkenaan tetapi tidak akan terlalu dibuai dengan kejayaan berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Selepas merangkul gelaran Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) ketiga musim ini di Japan Masters 2025 semalam, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah menegaskan perjuangan mereka masih panjang.

Ringkasan AI
  • Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah, merangkul gelaran Jelajah Dunia BWF ketiga musim ini di Japan Masters 2025 dengan kemenangan dalam final Super 500.
  • Thinaah menegaskan perjuangan mereka masih panjang walaupun kemenangan tersebut, menekankan perlunya terus belajar dan memperbaiki prestasi.
  • Kemenangan itu membolehkan beregu wanita Malaysia meraih hadiah sebanyak AS$37,525 (RM155,190) dan kini memimpin rekod pertemuan dengan pasangan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, 7-2.

Thinaah yang mengimbas kembali kemenangan 22-20, 21-19 ke atas Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun di final kejohanan Super 500 di Kumamoto Prefectural Gymnasium, berkata mereka akan menikmati detik berkenaan tetapi tidak akan terlalu dibuai dengan kejayaan berkenaan.
"Kami sangat gembira dengan kemenangan ini, tetapi masih banyak perkara yang perlu kami pelajari dan perbaiki.
"Buat masa ini, kami akan meraikannya, tidak mendabik dada dan terus fokus pada cabaran seterusnya," katanya dalam kenyataan ringkas yang dikongsi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini.
Naib juara Kejohanan Dunia 2025 itu, yang telah memenangi kejohanan Terbuka Thailand dan Terbuka Artik tahun ini, kini mendahului Iwanaga-Nakanishi dengan rekod pertemuan 7-2.
Kemenangan di Jepun juga membolehkan beregu wanita nombor dua dunia itu meraih hadiah AS$37,525 (kira-kira RM155,190).
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Pearly Tan-M Thinaah
#Japan Masters
#beregu wanita
#BWF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan