SUKAN

Pearly-Thinaah tempah slot suku akhir Masters Kumamoto 2025

Bernama 13/11/2025 | 06:15 MYT
Pearly Tan-M. Thinaah menewaskan gandingan Korea Selatan, mara ke suku akhir Masters Kumamoto 2025 dengan kemenangan mudah 21-14, 21-9. -Gambar fail/stadiumastro.com
KUALA LUMPUR: Beregu badminton wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah mempamerkan aksi cemerlang untuk mara ke suku akhir Masters Kumamoto 2025 selepas menewaskan gandingan Korea Selatan Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo di Jepun hari ini.


Ringkasan AI
  • Pearly Tan-M. Thinaah menewaskan gandingan Korea Selatan, mara ke suku akhir Masters Kumamoto 2025 dengan kemenangan mudah 21-14, 21-9.
  • Mereka menanti lawan dari Taiwan atau Jepun di suku akhir kejohanan.
  • Jacky Kok tewas kepada pemain Jepun Kenta Nishimoto, terlepas peluang melangkah jauh dalam kejohanan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Pada aksi pusingan kedua di Kumamoto Prefectural Gymnasium, pilihan utama kejohanan itu mencatat kemenangan mudah 21-14, 21-9 dalam masa 31 minit sekali gus meraih kemenangan keempat ke atas gandingan ranking ke-20 dunia itu selepas empat pertemuan.

Menanti ranking kedua dunia itu di suku akhir, sama ada pilihan ketujuh kejohanan dari Taiwan Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun atau Nanako Hara-Riko Kiyose dari Jepun.

Dalam pada itu, hasrat pemain profesional lelaki negara Jacky Kok untuk melangkah jauh tidak kesampaian selepas tewas kepada pemain berpengalaman tuan rumah, Kenta Nishimoto 20-22, 11-21.


Keputusan lain melibatkan pemain Malaysia:


Perseorangan wanita:

Chiu Pin-Chian (TPE) mn K.Letshanaa 24-22, 21-18


Beregu campuran:

Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran (THA) mn Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin 14-21, 21-12, 21-17


Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan (TPE) mn Jimmy Wong-Lai Pei Jing 21-17, 21-14



-- BERNAMA



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah beregu badminton wanita utama negara yang berjaya memenangi pertemuan menentang gandingan Korea Selatan dalam Masters Kumamoto 2025?
    A: Pearly Tan-M. Thinaah.
  • Q: Berapakah skor yang dicatatkan oleh beregu badminton wanita utama negara tersebut ketika menewaskan gandingan Korea Selatan?
    A: 21-14, 21-9 dalam masa 31 minit.
  • Q: Siapakah yang menewaskan pemain profesional lelaki negara Jacky Kok dalam kejohanan tersebut?
    A: Kenta Nishimoto, pemain tuan rumah.
  • Q: Siapakah yang menewaskan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin dalam kategori beregu campuran?
    A: Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand.
  • Q: Siapakah pemain wanita yang menang dalam pertemuan dengan K.Letshanaa dalam kategori perseorangan wanita?
    A: Chiu Pin-Chian dari Taiwan.



#M Thinaah #Pearly Tan #Masters Kumamoto 2025 #beregu badminton wanita