awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai cabul atlet gimnastik, IOC mahu laporan lengkap

Agensi
Agensi
04/02/2018
10:22 MYT
Pegawai cabul atlet gimnastik, IOC mahu laporan lengkap
Thomas Bach (gambar) menzahirkannya pada sesi taklimat selepas Mesyuarat Lembaga Eksekutif IOC di Pyeongchang, Korea Selatan pada Ahad. - Foto AP
Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menzahirkan rasa terkejut dan sedih berhubung skandal gangguan seksual yang berlaku dalam Persekutuan Gimnastik Amerika Syarikat (AS).
Thomas Bach menzahirkannya pada sesi taklimat selepas Mesyuarat Lembaga Eksekutif IOC di Pyeongchang, Korea Selatan pada Ahad.
Kes gangguan seksual yang didakwa dilakukan oleh pegawai perubatan gimnastik Amerika Syarikat, Dr Larry Nassar menjadi topik utama perbincangan mesyuarat tersebut.
"Lembaga Eksekutif IOC sangat terkejut dan sedih dengan skandal gangguan seksual dalam Persekutuan Gimnastik Amerika Syarikat.
"Kami menyatakan sokongan moral kami kepada mangsa yang berani tampil membuat pengakuan tersebut.
"Justeru IOC juga mengalu-alukan pengumpulan dana oleh Jawatankuasa Olimpik Amerika Syarikat (USOC) untuk perbelanjaan kaunseling dan rawatan kepada mangsa," jelasnya.
Tambah Bach, IOC akan memberikan tumpuan kepada siasatan bebas yang sedang berjalan dan berharap ia akan dapat memberi penjelasan berhubung inidividu bertanggungjawab.
Sekurang-kurangnya 40 wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual Nassar selama 14 bulan.
Pada masa Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI) menerima laporan pencabulan yang dilakukan Nassar sejak 2015.
Nassar, 54, telah dijatuhkan hukuman penjara antara 40 hingga 175 tahun atas dakwaan serangan seksual.
Dia akan mendapat satu lagi hukuman pada Isnin di Eaton County, Michigan.
Kedua-dua kes itu difailkan oleh Peguam Negara Michigan di bawah undang-undang negeri.
Topic Berkaitan
#2015
#Amerika Syarikat
#cabul
#FBI
#gangguan seksual
#Korea Selatan
#mangsa
#penjara
#serangan
#siasatan
#undang-undang
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan