[TERKINI] Kes Zara Qairina: JSJ Sahkan Pegawai Penyiasat Tidak Patuh SOP, Gagal Mohon Bedah Siasat – Ikuti Perkembangan Di Sini
SPORTS

Pekerja temui ajal pembinaan stadium baru Everton

Astro Arena 15/08/2023 | 04:55 MYT
Susulan kejadian membabitkan pekerja maut malam tadi, kerja-kerja di tapak pembinaan stadium baru Everton digantung hingga notis selanjutnya. - Foto Astro ARENA
SEORANG pekerja berusia 26 tahun meninggal dunia ketika kerja pembinaan di stadium baru Everton.

Polis Merseyside mengesahkan bahawa seorang lelaki tercedera sebelum meninggal dunia di hospital selepas kejadian di Bramley Moore Dock, malam tadi.

Menurut polis, saudara terdekatnya telah dimaklumkan dan siasatan sedang dijalankan.

Susulan itu Everton menerusi aplikasi X (Twitter) menyatakan, semua orang di kelab itu turut bersedih atas berita kematian pekerja di tapak tersebut.

Kontraktor stadium Laing O'Rourke berkata, pihaknya "terkejut dan sedih" dengan kematian itu.

Kerja-kerja di tapak itu telah digantung hingga notis selanjutnya, membabitkan polis serta Eksekutif Kesihatan dan Keselamatan, kata kontraktor.

Jun lalu, Everton mendedahkan bahawa kelab itu akan berunding dengan peminat sebagai sebahagian daripada pertimbangan mereka sama ada untuk berpindah ke stadium baru di pertengahan musim 2024-25.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


#pekerja meninggal dunia #kontraktor stadium #kerja pembinaan stadium baru #Everton