Seorang pelajar ditahan selepas disyaki membakar dan meletupkan dua biji mercun selepas tamat perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) antara Malaysia dan Thailand di Stadium Shah Alam di sini, malam tadi.
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata suspek berusia 16 tahun itu ditahan ketika sedang beratur untuk keluar dari stadium.
"Sewaktu sedang beratur hendak keluar ke stadium, kira-kira pukul 10.50 malam suspek yang ketika itu berada di belakang papan pemuka jaringan, aras tiga telah meletupkan mercun yang dibawanya.
"Tindakan suspek dilihat oleh anggota polis yang meronda di kawasan itu sebelum bertindak menahan suspek, polis turut menemui sebuah pemetik api bersama suspek," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Mazlan berkata hasil soal siasat ke atas remaja itu, polis kemudian memeriksa rumah suspek di Klang kira-kira pukul 8 pagi tadi, sebelum menemui 40 biji lagi mercun bola yang disimpan di rumahnya.
Susulan itu, suspek kini direman dua hari sehingga esok untuk disiasat mengikut Seksyen 6, Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000, katanya.
Dalam pada itu, Mazlan berkata pihaknya sedang mengesan seorang lelaki berusia 20-an yang disyaki turut membaling mercun ketika berlangsungnya perlawanan bola sepak separuh akhir Sukan SEA antara Malaysia dan Indonesia, di stadium sama Sabtu lepas.
Katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung individu berkenaan diminta tampil menyalurkannya di balai polis berdekatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2017
sedang mengesan seorang lelaki berusia 20-an yang disyaki turut membaling mercun ketika berlangsungnya perlawanan antara Malaysia dan Thailand malam 29 Ogos. - Gambar fail
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Sukan SEA: Giliran Filipina pula
Tuan rumah edisi ke-30 itu telah mencadangkan beberapa provinsi di Central Luzon sebagai venue bagi temasya dwitahunan itu.
Pelajar bakar mercun di Stadium Shah Alam ditahan
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata suspek berusia 16 tahun itu ditahan ketika sedang beratur untuk keluar dari stadium.
Saya kecewa, namun bangga dengan apa kita ada untuk masa depan - TMJ
Apa yang penting sekarang, belajarlah daripada kesilapan. Belajar daripada kekalahan untuk digunakan sebagai senjata untuk masa kita yang akan datang, kata TMJ
Azizulhasni lakar sejarah lengkapkan tiga misi
Juara Keirin Dunia 2017 Mohd Azizulhasni Awang melakarkan sejarah apabila menjadi individu yang melengkapkan sasaran negara dan skuad berbasikal negara dalam pemburuan pingat emas.
Guna pengangkutan awam ke penutup Sukan SEA esok
Orang ramai diminta menggunakan pengangkutan awam untuk ke upacara penutup Sukan SEA Ke-29 (KL2017) di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, esok.
Khairy yakin Malaysia mampu capai 120 emas
Menteri Belia dan Sukan yakin kontinjen negara mampu mencapai jumlah 120 pingat emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sebelum temasya edisi ke-29 itu melabuhkan tirainya Rabu ini.
KL2017: Sasaran pingat emas ke-111 negara semakin hampir, ayuh Malaysia bangkit!
Pingat emas ke-100 negara diperoleh menerusi skuad gimnastik berirama dalam acara gelung bola belantan dan reben.
Shalin Zulkifli terus menyinar
Ikon boling negara Shalin Zulkifli menguasai Masters wanita dengan menghadiahkan emas buat negara.
Ong Kim Swee tidak pandang rekod lama dengan Indonesia
Malaysia tidah mahu merujuk rekod pertemuan terbaru dengan Indonesia bulan lepas sebagai satu ukuran tepat mengenai kekuatan pasukan itu.
KL2017: Skuad bola sepak Indonesia jumpa Malaysia di separuh akhir
Indonesia akan berdepan dengan tuan rumah Malaysia pada saingan separuh akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Sabtu ini.