awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelari maraton Australia ditangkap, didakwa seludup dadah

Astro Arena
Astro Arena
13/04/2025
01:50 MYT
Pelari maraton Australia ditangkap, didakwa seludup dadah
Fox mengembara ke Jepun pada Februari untuk menyertai Maraton Osaka 2025. - Stadium Astro
MATTHEW Fox, pengasas syarikat media Sweat Elite dan YouTuber popular dalam komuniti larian, telah ditangkap di Osaka, Jepun semalam kerana melanggar undang-undang narkotik Jepun.
Fox dituduh cuba menyeludup pil THC (bahan aktif dalam ganja) ke Jepun dari Amerika Syarikat (AS) melalui perkhidmatan kurier antarabangsa Februari lalu.
Pelari berusia 38 tahun itu menafikan pertuduhan itu, tetapi jika disabitkan kesalahan mengimport dadah, Fox boleh berdepan hukuman penjara selama bertahun-tahun dan berpotensi untuk dihantar pulang.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dilarang secara kekal memasuki Jepun.
Fox, yang juga hos podcast dan pengasas syarikat media kendalian Sweat Elite, mengembara ke Jepun pada Februari untuk menyertai Maraton Osaka 2025.
Perlumbaan itu adalah sebahagian daripada cabarannya untuk menamatkan maraton di bawah 2.5 jam setiap bulan, tetapi dia tidak menamatkan perlumbaan selepas 22km.
Selepas berhenti, Fox berkongsi di media sosial bahawa dia 'gagal menguruskan tekanan hidup yang disebabkan oleh keputusannya sendiri.'
Dalam episod podcast baru-baru ini, Fox menjelaskan bahawa dia sering membawa gula-gula yang mengandungi THC untuk membantu mengatasi kebimbangan dan tidur, dengan menyatakan bahawa banyak negara tidak melarang produk THC untuk kegunaan peribadi.
"Saya mengembara dengan gula-gula mengandungi THC, dan kebanyakan negara membenarkannya, tetapi Jepun berbeza, mereka cenderung melakukan pemeriksaan," katanya. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Matthew Fox
#Dadah
#Sweat Elite
#THC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan