[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

Pele selamat jalani pembedahan usus

Astro Arena 07/09/2021 | 01:00 MYT
PELE: Sabtu lalu saya menjalani pembedahan untuk membuang luka yang mencurigakan di usus kanan. - Foto Astro ARENA
PELE mendedahkan selamat menjalani pembedahan untuk membuang tumor di usus besarnya.
Bagaimanapun, legenda Brazil -- yang memenangi tiga trofi Piala Dunia itu -- sebelum ini sempat menyangkal di Instagram bahawa dia jatuh pengsan sambil menyatakan bahawa dia dalam keadaan sihat selepas menjalani ujian rutin kesihatannya.
Namun, Pele dilaporkan terpaksa menginap di hospital sebelum menjelaskan mengapa dia memerlukan rawatan perubatan.
"Sabtu lalu saya menjalani pembedahan untuk membuang luka yang mencurigakan di usus kanan," tulis pemain berusia 80 tahun itu di laman media sosialnya berkenaan.
"Tumor itu dikenal pasti ketika ujian yang saya sebutkan minggu lalu. Nasib baik, saya sudah terbiasa meraikan kemenangan hebat bersama anda.
"Saya akan menghadapi 'pertandingan' ini dengan senyuman terpampang di wajah saya, banyak keyakinan dan kegembiraan untuk meneruskan kehidupan yang dikelilingi oleh keluarga tercinta dan rakan-rakan."
#Pele #tumor di usus besar #pembedahan buang tumor #legenda bola sepak Brazil