awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peletakan jawatan Irfan Bakti masih belum selesai

Astro Arena
Astro Arena
04/10/2016
10:34 MYT
Peletakan jawatan Irfan Bakti masih belum selesai
Pihak Felda United masih menunggu ketetapan tarikh, untuk mengadakan perbincangan berhubung keputusan Irfan untuk berundur. - Gambar fail
SETIAUSAHA Agung Felda United, Zulkarnain Muhammad, menerima permintaan Irfan Bakti, untuk bercuti lebih awal, namun beliau menegaskan belum ada sebarang keputusan rasmi mengenai peletakkan jawatan jurulatih berpengalaman itu.
Irfan mengumumkan untuk keluar daripada Felda United, selepas perlawanan Liga Super menentang Sarawak, di Stadium Tun Abdul Razak Jengka pada 24 September lalu.
Ia susulan pengendali kelahiran Perak itu, sedar mengenai kegagalannya untuk memenuhi Indeks Petunjuk Prestasi (KPI), yang ditetapkan oleh The Fighters, iaitu meraih sekurang-kurangnya satu piala musim ini.
Ketika pengumuman dibuat, Irfan juga meminta pengecualian untuk aksi terakhir liga bertemu Kedah di Alor Setar, 22 Oktober ini dan perkara itu dipersetujui Zulkarnain.
"Irfan meminta cuti dan kami telahpun bersetuju untuk memberikan cuti kepadanya. Mengenai peletakan jawatannya, kami akan berbincang semula nanti," katanya.
Sementara itu, Zulkarnain mengesahkan pihaknya masih menunggu ketetapan tarikh, untuk mengadakan perbincangan berhubung keputusan Irfan untuk berundur.
"Irfan ke luar negara dan kami tidak mengetahui bila dia akan pulang semula ke Malaysia.Dia ke luar negara untuk percutian yang singkat iaitu tiga hari.
"Jika Rabu minggu depan dia pulang, kami bercadang untuk membuat perbincangan pada hari tersebut. Saya masih lagi menunggu tarikh yang sesuai."
Topic Berkaitan
#berita bola sepak
#Felda United
#irfan bakti
#irfan bakti letak jawatan
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan