awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluang cerah skuad berbasikal trek di Olimpik Tokyo

Bernama
Bernama
02/03/2020
20:48 MYT
Peluang cerah skuad berbasikal trek di Olimpik Tokyo
Catatan yang dilakukan Mohd Azizulhasni itu sekali gus memadam rekod 9.609s yang dicatat pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya dan juga rekod kebangsaanya sendiri iaitu 9.760s. -Foto WITTER / @AtletMalaysia
Skuad berbasikal trek kebangsaan dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk meraih keputusan yang membanggakan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, Julai ini, susulan prestasi cemerlang ditonjolkan oleh pelumba pada Kejohanan Dunia 2020 yang berakhir di Berlin, Jerman, pada Ahad.
Ketua Jurulatih kebangsaan, John Beasley berkata dua pingat gangsa, satu rekod Asia dan tiga rekod terbaik peribadi yang dicatat oleh anak buahnya di kejohanan dunia itu antara persembahan terbaik yang dicapai negara meskipun hanya memiliki satu velodrom.
"Malaysia pastinya sangat teruja melihat pasukan pelumba kita mempunyai peluang di Tokyo. Ia sangat berbeza dengan keputusan yang dicapai pada Kejohanan Dunia tahun lepas," katanya dalam hantaran terkini di laman Facebooknya pada Isnin.
Beasley menyifatkan keputusan positif oleh anak buahnya itu di Berlin menjawab kritikan oleh segelintir pihak terhadapnya, berikutan prestasi buruk yang dicapai pasukan kebangsaan pada Kejohanan Dunia 2019.
Jaguh trek negara, Mohd Azizulhasni Awang pula telah memenangi dua pingat gangsa dalam acara keirin dan pecut. Pingat gangsa dalam kategori acara pecut adalah yang kedua selepas memenangi pingat perak pada edisi 2009 di Poland.
Pelumba berusia 32 tahun yang dikenali sebagai 'The Pocket Rocketman' mencatatkan rekod Asia dan kebangsaan bagi acara pecut selepas menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 9.548 saat (s) pada pusingan kelayakan kejohanan dunia itu.
Catatan yang dilakukan Mohd Azizulhasni atau 'Jijoe' itu sekali gus memadam rekod 9.609s yang dicatat pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya dan juga rekod kebangsaanya sendiri iaitu 9.760s.
Seorang lagi pelumba kebangsaan, Muhammad Fadhil Mohd Zonis turut mencatatkan rekod kebangsaan bagi acara 1 kilometer ujian masa dengan catatan 1 minit 00.305s, sekali gus memadamkan rekod kebangsaan 1:01.658 s oleh Mohd Rizal Tisin iaitu bekas pelumba kebangsaan negara, yang merangkul pingat gangsa pada kejohanan dunia di Poland pada 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak
#Azizulhasni Awang
#berbasikal
#Jepun
#Jerman
#Olimpik
#sukan
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan