awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluang Milan pertahan kejuaraan Serie A makin terkubur

Astro Arena
Astro Arena
25/01/2023
02:05 MYT
Peluang Milan pertahan kejuaraan Serie A makin terkubur
Felipe Anderson (hadapan) membawa bola sambil cuba dicabar pemain lawan dalam perlawanan Serie A Itali antara Lazio dan AC Milan di Stadium Olympic, Rom, 24 Jan 2023. (Foto AP)
MILAN terlepas peluang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu Serie A Napoli selepas mereka dibelasah 4-0 oleh Lazio yang bermaharajalela di Stadio Olimpico awal pagi tadi.
Skuad kendalian Stefano Pioli meratapi kekalahan pertama dalam tujuh perlawanan liga selepas jaringan Sergej Milinkovic-Savic dan Mattia Zaccagni memberikan tuan rumah kelebihan separuh masa.
Luis Alberto menambah gol ketiga dari sepakan penalti selepas rehat sebelum Felipe Anderson melengkapkan jaringan apabila Rossoneri gagal menang dalam perlawanan kelima berturut-turut dalam semua pertandingan.
Keputusan memberangsangkan itu menyaksikan Lazio kendalian Maurizio Sarri melonjak dari tangga keenam ke tempat ketiga dan dibezakan satu mata dengan Milan, yang kekal 12 mata di belakang Napoli.
3 - Mattia Zaccagni is the midfielder who has both scored and provided an assist in the same match the most different times in the big-5 European leagues current season (three). Versatile.#LazioMilan pic.twitter.com/WW8gKBBSnl
— OptaPaolo (@OptaPaolo) January 24, 2023
Topic Berkaitan
#Serie A
#AC Milan
#Lazio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan