awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelumba Belanda terbunuh dalam kemalangan di Belgium

Agensi
Agensi
01/07/2023
21:20 MYT
Pelumba Belanda terbunuh dalam kemalangan di Belgium
Dilano van't Hoff meninggal dunia dalam satu kemalangan litar basah di Kejuaraan Formula Regional Eropah dekat litar Spa-Francorchamps di Belgium pada Sabtu. - Gambar TWITTER
LONDON: Pemandu Belanda berusia 18 tahun, Dilano van't Hoff meninggal dunia dalam satu kemalangan litar basah di Kejuaraan Formula Regional Eropah dekat litar Spa-Francorchamps di Belgium pada Sabtu.
Menurut pasukannya, remaja itu yang meraih kejuaraan kejuaraan F4 Sepanyol pada 2021 ketika kejadian, sedang berlumba buat pasukan Dutch MP Motorsport di litar Grand Prix Belgium itu.
"MP Motorsport sangat sedih untuk mengumumkan bahawa pemandu kami, Dilano van't Hoff meninggal dunia kerana kemalangan pada perlumbaan kedua Kejuaraan Formula Regional Eropah di Alpine dekat Spa Francorchamps," kata kenyataan yang dikeluarkan.
Perlumbaan berkenaan yang berlangsung dalam keadaan basah adalah program sokongan untuk perlumbaan 24 Jam Tahan Lasak Spa.
Pasukan Formula Dua dan pemandu yang bersaing dalam Grand Prix Austria berdiam selama seminit sebagai tanda hormat.
"Dilano meninggal dunia demi mengejar impiannya ke kemuncak sukan permotoran. Bersama seluruh komuniti sukan permotoran, kami bersama keluarga dan orang yang disayanginya," kata Ketua Eksekutif Formula Satu, Stefano Domenicali. - Agensi
Topic Berkaitan
#Dilano van't Hoff
#Dilano van't Hoff meninggal dunia
#pelumba Belanda
#F4 Sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan