[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

Pelumba berbasikal kemalangan maut ketika 'downhill' Jelajah Austria

Astro Arena 07/07/2024 | 06:47 MYT
Drege terjatuh ketika berada dalam peloton hadapan. - Stadium Astro
PELUMBA Norway, Andre Drege, menemui ajal selepas terjatuh dalam kayuhan menuruni bukit dalam Jelajah Austria, awal pagi tadi.
Kejadian malang itu berlaku di sebuah jalan yang terletak di wilayah Grossglockner apabila pelumba berusia 25 tahun yang mewakili Coop Repsol itu yang telah memenangi tujuh kejohanan tahun ini terjatuh ketika berada dalam peloton (kelompok) hadapan.
Sehubungan itu, upacara penyampaian hadiah pusingan keempat itu kemudian dibatalkan sementara sama ada pusingan akhir akan diteruskan akan ditentukan sedikit masa lagi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#Pelumba Norway #Andre Drege #meninggal dunia #Jelajah Austria #lumba basikal