Status sebagai pelumba domestik tidak menghalang Mohammed Adiq Hussainie Othman menjadi pelumba pertama Malaysia tiba di Cameron Highlands pada perlumbaan peringkat ketiga jelajah Le Tour de Langkawi (LTDL) 2013.
Pelumba berusia 22 tahun yang mewakili pasukan Champion System Pro Cycling itu menamatkan saingan pendakian dari Sungai Siput, Perak ke Cameron Highlands sejauh 140.7km itu dengan menduduki tempat ke-33.
"Pada 15km terakhir saya cuba sedaya upaya untuk mencari kedudukan terbaik sebab jurulatih memang menyasarkan untuk pasukan kami mendapat kedudukan yang baik dalam peringkat ini.
"Syukur kerana tiga pelumba pasukan kami berada dalam kelompok hadapan. Saya menjadi pelumba ketiga pasukan yang tiba," katanya.
Pelumba pasukan Champion System Pro Cycling yang mendahului beliau ialah dua pelumba dari Amerika Syarikat, Chad Beyer (ke-11) dan Chris Butler (31).
"Saya yakin strategi yang sama juga akan digunakan pasukan untuk mendaki Genting Highlands nanti. Kami lebih tumpukan kepada kategori berpasukan berbanding secara individu," katanya.
Sementara itu, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Shahrul Mat Amin dan Md Rauf Nur Misbah daripada pasukan kebangsaan, menjadi antara pelumba negara yang tiba awal di Cameron Highlands.
Mohd Shahrul dan Md Rauf masing-masing menamatkan saingan pendakian mereka ditempat ke-46 dan 47.
"Perlumbaan hari ini memang sangat laju terutama apabila ada pelumba yang membuat pemecahan awal. Saya juga cuba untuk mengejar kelompok hadapan tetapi gagal," katanya.
Bernama
Sat Feb 23 2013
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
LTdL perlu lebih RM15 juta - Abdul Rashid
Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 dijangka memerlukan perbelanjaan lebih RM15 juta.
Tourism Malaysia tawar 23 pakej pelancongan sambil tonton perlumbaan LTdL
Pakej yang ditawarkan bakal meliputi destinasi pelancongan popular angtaranya seperti Langkawi, Pulau Pinang, Melaka, Bukit Tinggi dan Cameron Highlands.
LTdL 2023: Carr juara keseluruhan, Syritsa ungguli peringkat akhir
Simon Carr melakar sejarah menjadi atlet berbasikal pertama British memenangi gelaran Juara Keseluruhan (Jersi Hijau) perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.
De Kleijn kuasai peringkat pertama LTdL 2023
Pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid de Kleijn menjuarai peringkat pertama LTdL 2023 dari Kerteh ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.
LTdL: Malaysia bukan sekadar pelengkap
Di sebalik kehadiran beberapa pasukan ternama, barisan pelumba Malaysia tetap memiliki aura tersendiri.
LTdL 2023: Pasukan tiba di Terengganu, pemburuan jersi hijau bermula
Bahang penganjuran LTdL tidak pernah terpadam sebelum acara kayuhan itu bermula esok hingga 30 Sept ini.
LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.
'Saya bawa suara presiden'
Datuk Amarjit Singh Gill membawa maruah negara apabila beliau menghadiri mesyuarat Eksekutif Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) di Glasgow pada Isnin.