awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi gantung kontrak 1,800 agensi pelancongan umrah asing kerana tidak patuh
TNB nasihat orang ramai waspada sindiket penipuan panggilan telefon
Iran utamakan diplomasi dalam penyelesaian isu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelumba Mercedes Russell menang perlumbaan F1 Grand Prix

Bernama
Bernama
14/11/2022
02:50 MYT
Pelumba Mercedes Russell menang perlumbaan F1 Grand Prix
George Russell meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan ketika perlumbaan Grand Prix di litar lumba Interlagos, Sao Paulo, Brazil, 13 Nov 2022. (Foto AP)
ANKARA: George Russell dari Britain memenangi perlumbaan Formula 1 pertamanya pada Ahad dalam perlumbaan Grand Prix Sao Paulo yang didominasi pasukan Mercedes, lapor Agensi Anadolu.
Pasukan Mercedes menamatkan saingan 1-2 di Brazil apabila rakan sepasukan dan rakan senegaranya Lewis Hamilton mendapat tempat kedua dalam Pusingan 21 kejohanan dunia F1 2022.
Kemenangan di litar Autodromo Jose Carlos Pace bermakna ia merupakan kemenangan pertama Mercedes musim ini.
Russell berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa satu jam, 38 minit dan 34.044 saat bagi 71 pusingan.
Hamilton, juara Formula 1 tujuh kali, ketinggalan 1.529 saat di belakang Russell, manakala pelumba Ferrari, Carlos Sainz di tempat ketiga susulan ketinggalan empat saat.
Pemandu Red Bull Racing dari Belanda, Max Verstappen yang telah merangkul kejuaraan 2022, menamatkan perlumbaan di tempat keenam.
Kejohanan Dunia Formula 1 2022 akan berakhir selepas Pusingan 22 di Abu Dhabi pada 20 Nov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#F1
#George Russell
#Mercedes
#Grand Prix
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan