SUKAN
Pelumba Mercedes-AMG Petronas Russell Menang GP Singapura, McLaren juara pengeluar

Pelumba Mercedes-AMG Petronas, George Russell muncul juara GP F1 Singapura pada Ahad malam dalam perlumbaan yang turut menyaksikan McLaren mengesahkan Kejuaraan Pengeluar 2025 dengan baki enam perlumbaan. - Foto REUTERS/Athit Perawongmetha
SINGAPURA: Pelumba Mercedes-AMG Petronas, George Russell muncul juara Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Singapura pada Ahad malam dalam perlumbaan yang turut menyaksikan McLaren mengesahkan Kejuaraan Pengeluar 2025 dengan baki enam perlumbaan.
Ringkasan AI
- George Russell dari pasukan Mercedes-AMG Petronas menjuarai Grand Prix F1 Singapura dengan catatan masa 1 jam 40 minit 22.367 saat.
- Max Verstappen (Red Bull) dan Lando Norris (McLaren) masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.
- McLaren mengesahkan kejuaraan pengeluar 2025 dengan 650 mata, mengekalkan gelaran buat tahun kedua berturut-turut.
Rakan sepasukan Norris, Oscar Piastri yang memulakan perlumbaan dari petak ketiga menamatkan saingan di tempat keempat diikuti pemandu Mercedes, Kimi Antonelli di tempat kelima.
McLaren, yang memasuki Grand Prix Singapura dengan 623 mata, merangkul kejuaraan pengeluar untuk kali kedua berturut-turut dengan mengumpul 650 mata - mengatasi Mercedes (325 mata) dan Ferrari (300 mata) selepas perlumbaan Ahad.
Pasukan-pasukan seterusnya akan beraksi di Amerika Syarikat (AS) apabila dua pelumba McLaren, Piastri dan Norris akan meneruskan persaingan merebut kejuaraan pemandu dengan masing-masing mengumpul 336 dan 314 mata.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami