KUALA LUMPUR: Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (PYSRT), Franco Morbidelli dan Valentino Rossi berharap dapat meningkatkan prestasi mereka dan mengumpul mata berharga pada pusingan pertama Eropah tahun ini apabila mereka beraksi di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, Portugal hujung minggu ini.
Musim Grand Prix Motosikal (MotoGP) 2021 yang bersambung semula selepas berehat seminggu diharap memberikan peluang kepada Morbidelli dan Rossi untuk meningkatkan prestasi mereka selepas dua perlumbaan pertama di GP Qatar dan GP Doha di Litar Antarabangsa Losail, Qatar masing-masing pada 28 Mac dan 4 April lepas.
Dalam perlumbaan di Qatar, Rossi menduduki tempat ke-12 sementara Morbidelli di kedudukan ke-18. Di Doha, Morbidelli di tempat ke-12 dan Rossi di kedudukan ke-16.
Morbidelli yang mempamerkan aksi cemerlang pada pusingan sulung MotoGP di Portimao tahun lepas, bermula di petak hadapan selepas menduduki tempat kedua dalam ujian kelayakan dan menamatkan perlumbaan dengan keputusan podium di tempat ketiga, menyasarkan pencapaian yang lebih baik kali ini.
"Selepas menaiki podium di Portugal tahun lepas, saya berharap kami akan mendapat kembali semula rentak untuk mendapatkan keputusan yang baik hujung minggu ini. Namun setiap perlumbaan adalah berbeza jadi kami perlu tunggu dan lihat bagaimanakah keadaan kami sebaik sahaja kami berada di litar.
"Kami semakin meningkat di setiap perlumbaan dan kami cuba memahami apa yang berlaku terhadap keadaan jentera semasa di Qatar, diharap kami menemui beberapa peningkatan dan mampu meneruskan ke arah yang positif hujung minggu ini," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pasukannya.
Sementara itu, Rossi berharap permulaan pusingan MotoGP Eropah akan memberikan isyarat untuk beliau kembali bermula di petak hadapan dan melupakan masalah yang dihadapinya di Qatar.
"Litar di Portimao hebat. Ia sesuatu yang berlainan daripada yang lain tetapi ia sangat sukar. Ia adalah sebuah litar yang memerlukan banyak masa untuk dipelajari dan setiap kali anda berlumba anda boleh meningkatkan sesuatu.
Kami menemukan beberapa pelarasan baharu pada jentera semasa sesi memanaskan badan pagi Ahad di GP Doha, yang bermakna saya mampu mengekalkan rentak yang baik tetapi kami dihampakan oleh kedudukan permulaan yang buruk. Kami berharap kami akan menjadi lebih kuat dan berdaya saing pada GP ketiga ini, juga di Eropah secara keseluruhan, kata juara dunia sembilan kali itu.
Biarpun pelumba Itali itu tidak mendapat keputusan yang baik di Portimao tahun lepas, beliau mampu bangkit dan memperoleh mata berharga di kedudukan ke-12 -- sesuatu yang akan cuba ditingkatkan hujung minggu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 13 2021
MotoGP 2021 yang bersambung semula selepas berehat seminggu diharap memberikan peluang kepada Morbidelli dan Rossi meningkatkan prestasi. - Foto BERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Rossi beralih ke perlumbaan empat roda
Valentino Rossi, akan beralih kepada perlumbaan empat roda untuk menjadi pemandu Pasukan WRT dalam Kejohanan Dunia GT.
Rossi tetap pelumba terbaik - Hafizh
Hafizh berkata, kelibat Rossi di litar menjadi inspirasi kepada bakat muda di seluruh dunia.
MotoGP: Umum persaraan, Valentino Rossi tidak lagi berlumba tahun depan
Juara dunia MotoGP sembilan kali itu mengesahkan semalam, ini merupakan musim terakhirnya beraksi di Grand Prix Austria.
Pelumba PYSRT harap tuah menyebelahi mereka di Portimao, Portugal
MotoGP 2021 yang bersambung semula selepas berehat seminggu diharap memberikan peluang kepada Morbidelli dan Rossi meningkatkan prestasi.
Morbidelli letak sasaran lebih tinggi dalam musim ketiga bersama SRT
Pelumba Itali yang mewakili Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) semenjak 2019 itu bertekad untuk menjadi juara apabila kembali mencelapak jentera Yamaha YZR-M.
SRT mahu bantu Rossi kembali kompetitif - Razlan
Kehadiran legenda Kejuaraan MotoGP, Valentino Rossi ke pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team musim ini, bukan sekadar pemasaran.
Valentino Rossi positif COVID-19
Ini bermakna dia bakal terlepas aksi MotoGP Aragon.
Valentino Rossi sah sertai Petronas Yamaha SRT musim 2021
Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi mengesahkan penyertaannya bersama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) bagi perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) musim 2021.
Morbidelli sambung kontrak dengan Petronas Yamaha SRT hingga 2022
Beliau gembira untuk memperbaharui kontraknya untuk dua tahun lagi selepas cemerlang dengan pasukan itu.
Valentino Rossi 'lega' Presiden Yamaha Motor Racing umum tarik diri
Kouichi Tsuji yang menjadi penggerak utama bagi setiap aktiviti MotoGP menarik diri ekoran prestasinya yang dilihat semakin merudum