awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluncur ais negara, Sree, rangkul Trofi Tallin 2021

Bernama
Bernama
22/11/2021
04:33 MYT
Peluncur ais negara, Sree, rangkul Trofi Tallin 2021
Sree berjaya meraih 23.49 mata untuk muncul juara dan mengetepikan tujuh peserta lain dalam acara luncur bebas kategori Cubs B perempuan. - Facebook Sree Abiraame B Chendren
KUALA LUMPUR: Peluncur ais muda negara C. Sree Abiraame mempamerkan persembahan memukau dan berjaya merangkul Trofi Tallin 2021 yang diadakan di Estonia pada Ahad.
Peluncur berusia sembilan tahun itu, berjaya meraih 23.49 mata untuk muncul juara dan mengetepikan tujuh peserta lain dalam acara luncur bebas kategori Cubs B perempuan.
Peluncur tuan rumah, Emilia Dratshenko menduduki tempat kedua dengan 23.33 mata manakala rakan senegaranya, Tatiana Izymnikova meraih tempat ketiga apabila mengumpul 21.77 mata.
"Terima kasih atas semua sokongan. Terus doakan saya dan saya boleh melakukannya," katanya dalam kenyataan ringkas.
Sree bersama kedua ibu bapanya selepas memenangi tempat kedua Piala Narva pada 31 Oktober lalu. - Facebook Sree Abiraame B Chendren
Sree bersama kedua ibu bapanya selepas memenangi tempat kedua Piala Narva pada 31 Oktober lalu. - Facebook Sree Abiraame B Chendren
Bulan lepas, Sree menduduki tempat kedua dalam kategori sama pada Piala Narva 2021 juga di Estonia.
Sree yang telah memenangi lebih daripada 50 pingat emas dalam pelbagai peringkat pertandingan, telah mengukir namanya dalam Asia Book of Record (ABOR) sebagai Pemenang Pingat Termuda dalam Luncur Ais Antarabangsa pada 2019 dan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Peluncur Termuda memenangi Kejohanan Luncur Ais 'Skates Asia' (Wanita) pada 2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peluncur ais
#C Sree Abiraame
#trofi tallin
#estonia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan