Pemain Arsenal, Thomas Partey peluk Islam

Agensi
Mac 18, 2022 10:43 MYT
Menerusi satu perkongsian yang tular di Twitter, Partey (kanan) dilihat bergambar dengan seorang imam Sheikh Muhammad Al-Azhari di Pusat Islam, London sambil memegang senaskhah Al-Quran. - Twitter @TikiTakaConnor
PEMAIN tengah Ghana dan Arsenal, Thomas Partey dilaporkan telah menjadi saudara Islam baharu selepas menuntut ajaran agama tersebut selama beberapa bulan di England.
Partey yang berusia 28 tahun bagaimanapun, belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu, namun dakwaan beliau kini seorang mualaf bertiup kencang di media sosial.
Menerusi satu perkongsian yang tular di Twitter, Partey dilihat bergambar dengan seorang imam Sheikh Muhammad Al-Azhari di Pusat Islam, London sambil memegang senaskhah Al-Quran.
“Thomas Partey telah memeluk agama Islam, tahniah @Thomaspartey22” ciap akaun Twitter @TikiTakaConnor pada Jumaat.

Thomas Partey has converted to Islam. Congratulations, @Thomaspartey22! pic.twitter.com/m3M4x2jbTK

— Connor Humm (@TikiTakaConnor) March 18, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setakat ini, Partey masih belum mendedahkan mengapa dirinya terdetik untuk menjadi seorang Muslim, namun berdasarkan maklumat orang ramai, Partey tertarik dengan agama Islam setelah menjalin hubungan dengan perempuan asal Morocco, yang juga penganut agama itu.
Sementara itu, sebagai rekod Partey atau nama sebenarnya Thomas Teye Partey dilahirkan pada 13 Jun 1993 dan membarisi skuad kebangsaan Ghana.
Kariernya sebagai pemain bola sepak bermula dengan menyertai pasukan Akademi Atletico Madrid dan merekodkan penampilan sulungnya dalam skuad utama Atletico Madrid ketika menentang Barcelona dalam Liga Juara-Juara musim 2015/2016.
#Thomas Partey #Arsenal #Islam #bola sepak