awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia cecah paras tertinggi baharu, indeks komposit naik 1.55 peratus
Angka ekonomi negara memukau, namun jangan dilupakan yang terpinggir - PM
IKM, KKTM, MJII kini dikenali sebagai TVETMARA - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain bola sepak jatuh parit sedalam 2.7 meter ketika raikan gol

Sinar Harian
Sinar Harian
09/12/2025
23:20 MYT
Pemain bola sepak jatuh parit sedalam 2.7 meter ketika raikan gol
Ghrieb (gambar kecil) terjatuh ke dalam parit ketika meraikan jaringan pada perlawanan Bundesliga antara FC Magdeburg dan Hertha Berlin 2-0 di Olympiastadion, Berlin, 7 Dis 2025. - Foto Sinar Harian
KEGEMBIRAAN pemain tengah FC Magdeburg, Rayan Ghrieb meraikan jaringan gol bertukar menjadi detik cemas apabila dia secara tidak sengaja terjatuh ke dalam parit konkrit sedalam 2.7 meter.
Insiden itu berlaku ketika aksi Bundesliga 2 yang menyaksikan Magdeburg menewaskan Hertha Berlin 2-0 di Olympiastadion.
Ghrieb yang meledak gol kedua pasukannya pada masa kecederaan separuh masa kedua, berlari ke arah penyokong pelawat untuk meraikan kemenangan tersebut.
Namun, keterujaannya membawa padah apabila dia melompat melepasi penghadang di tepi trek olahraga tanpa menyedari wujudnya jurang besar di sebalik tembok tersebut menyebabkan dia terus 'hilang dari radar' kamera.
Rakaman video perlawanan memaparkan reaksi terkejut segelintir penyokong Magdeburg yang berada berhampiran apabila menyedari pemain tengah itu terjatuh ke dalam lubang berkenaan.
Bagaimanapun, suasana panik itu hanya seketika apabila kamera kembali merakamkan kelibat pemain berusia 26 tahun itu memanjat keluar dari parit dengan senyuman, malah sempat meneruskan keraian bersama rakan sepasukan.
Des nouvelles de Rayan Ghrieb, qui a visiblement chuté à 10 mètres de profondeur. Ça valait le coup, puisquil a effectué une rentrée de malade, marquant le break à la 94e, permettant à Magdeburg de battre le Hertha. https://t.co/9kWIWZagtQ
— Feuille de Match (@fdematch) December 7, 2025
Ini merupakan gol ketiga Ghrieb dalam saingan liga musim ini dan yang kelima dalam semua pertandingan sejak menyertai kelab itu musim panas lalu.
Terdahulu, Alexander Nollenberger memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-74.
Meskipun meraih tiga mata penuh, Magdeburg kekal di tangga terbawah liga dengan 13 mata selepas 15 perlawanan manakala Hertha yang tersingkir dari Bundesliga pada 2023 kini menduduki tangga ketujuh.
Untuk rekod, ini bukan kejadian pertama individu terjatuh ke dalam parit di Olympiastadion.
Ketika kejohanan Euro 2024 di Jerman, seorang penyokong Poland mengalami nasib malang apabila terjatuh ke dalam parit yang sama ketika perlawanan menentang Austria.
Berbeza dengan nasib Ghrieb yang tidak mengalami kecederaan, penyokong tersebut dilaporkan tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital akibat pelbagai kecederaan serius. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rayan Ghrieb
#jatuh dalam parit
#FC Magdeburg
#Bundesliga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan