KUALA LUMPUR: Selepas membenam Hong Kong malam tadi, pemain tengah berpengalaman Safiq Rahim mendedahkan bahawa skuad Harimau Malaya amat dahagakan kejayaan dan menyasarkan untuk layak ke Piala Asia 2023.
Safiq berkata saingan kelayakan Piala Asia 2023 yang bermula minggu depan adalah peluang buat barisan pemain negara mencipta sejarah dalam lembaran bola sepak tanah air.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berkata peluang layak ke Piala Asia tidak boleh dilepaskan apatah lagi dengan kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri apabila kesemua perlawanan pusingan kelayakan melibatkan pasukan negara berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.
"Peluang ini tidak akan datang lagi, saya dan semua rakan sepasukan harus menjalankan tanggungjawab sebagai pemain... kita memang mahukan kejayaan dan mahu layak ke pusingan seterusnya.
"Jadi, saya harap semua peminat bola sepak di Malaysia dapat mendoakan pasukan. Pemain ke-12 amat penting untuk pasukan, jadi sokonglah walau di mana pasukan berada, kami sebagai pemain mengharapkan sokongan daripada semua," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 antara Malaysia dan Hong Kong di sini semalam, yang menyaksikan pasukan negara mendominasi permainan untuk menang 2-0.
Pada aksi itu, Safiq yang dimasukkan pada babak kedua telah menjaringkan gol kedua Malaysia menerusi sepakan percuma di penghujung permainan selepas pemain sayap negara, Muhammad Safawi Rasid meletakkan skuad bimbingan Kim Pan Gon di depan pada minit ke-31 menerusi sepakan penalti.
Safiq menyifatkan kemenangan di hadapan kira-kira 19,075 penonton itu serta kejayaan menewaskan Brunei pada aksi persahabatan Jumaat lepas, sebagai motivasi terbaik menjelang aksi sulung Kumpulan E saingan kelayakan bertemu Turkmenistan, Rabu depan (8 Jun) di sini.
"Alhamdulillah, kita dapat bagi yang terbaik untuk pasukan (dalam dua perlawanan persahabatan) dan ada beberapa kekurangan akan diperbetulkan, (dan) kita masih ada masa lagi sebelum perlawanan pertama," katanya.
Selepas Turkmenistan, tiga hari kemudian anak buah Pan Gon akan menentang Bahrain (11 Jun) dan menamatkan saingan kempen kelayakan berdepan Bangladesh pada 14 Jun.
Sekiranya berjaya muncul juara kumpulan atau menjadi antara lima pasukan di tempat kedua terbaik pada saingan kelayakan, skuad kebangsaan akan menamatkan penantian lebih 40 tahun layak secara merit ke Piala Asia sejak edisi 1980 di Kuwait.
Kali terakhir Malaysia beraksi di pentas Piala Asia adalah ketika menjadi tuan rumah bersama pada edisi 2007.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 02 2022
SAFIQ: Pemain ke-12 amat penting untuk pasukan, jadi sokonglah walau di mana pasukan berada, kami sebagai pemain mengharapkan sokongan daripada semua. - Gambar fail/BERNAMA
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Harimau Malaya belasah Nepal sebelum hadapi Oman
Malaysia menampilkan kelas tersendiri apabila membelasah pasukan ranking dunia ke-175, Nepal 5-1 pada perlawanan ujian tertutup malam tadi.
Indonesia ikut jejak langkah Malaysia harumkan nama di pentas Asia
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menobatkan Anugerah Bantuan Jaringan Terbaik Piala Asia 2023 milik pemain sayap Indonesia, Yakob Sayuri.
Thailand kini di kedudukan 101 ranking FIFA
Thailand mendaki 12 anak tangga untuk kekal di ranking teratas, diikuti Vietnam, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Singapura.
Piala Asia: Afif dedikasi kejayaan Qatar, hatrik kepada isteri tercinta
Akram Afif mendedikasikan kejayaan The Maroons mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2023 selepas menewaskan Jordan 3-1 kepada isterinya.
Piala Asia: Afif lakar hatrik penalti bantu Qatar pertahan kejuaraan
Tuan rumah Qatar mempertahankan gelaran juara Piala Asia 2023 selepas menewaskan Jordan 3-1 pada perlawanan akhir penuh kontroversi.
Piala Asia: Antara Qatar dan Jordan, siapa bakal bergelar Raja Asia?
Selepas hampir sebulan menempuh perjalanan yang mencabar, tuan rumah Qatar dan Jordan sudah sampai ke kemuncak saingan Piala Asia 2023.
Afif laung amaran kejayaan Qatar kekal menjelang aksi final
Selepas The Maroons menyingkirkan juara tiga kali Iran malam tadi, Afif berkata, kejayaan Qatar tidak akan berhenti setakat di sini.
Ghalehnoy ambil tanggungjawab sepenuhnya selepas Iran gagal ke final
Kegagalan melakukan penyudahan beberapa peluang terhidang merupakan faktor terbesar yang membawa kepada kekalahan.
Qatar selangkah pertahan kejuaraan Piala Asia 2023 selepas rentap ego Iran
Penyerang sensasi Akram Afif memastikan Qatar bangkit daripada ketinggalan apabila meledak gol kedua pasukan di hujung separuh masa pertama.
Piala Asia: Empat pemain Liga Malaysia bawa Jordan ke final singkir Korea Selatan
Empat pemain berkenaan ialah Noor Al-Rawabdeh, Yazan Al-Arab (Selangor), Mahmoud Al Mardhi (Kedah Darul Aman) dan Fadi Awad (PDRM).