Bekas pemain kebangsaan Indonesia, Bambang Pamungkas berpandangan tahap keselesaan pemain Republik itu masih jauh lebih rendah berbanding Malaysia dan Negara Asia Tenggara yang lain.
Bambang yang pernah mewakili Selangor pada 2005 hingga 2007 juga kecewa apabila kebajikan pemain di Indonesia diabaikan.
Kenyataan Bambang yang disiarkan portal berita Kompas Indonesia berkata, pengalaman bermain di Malaysia nyata berbeza berbanding di negaranya sendiri.
Menurutnya, di Malaysia pemain diberikan kemudahan yang serba lengkap seperti tempat tinggal dan pengangkutan.
Sepanjang berada bersama pasukan Indonesia, beliau melihat pasukan kelab tidak menjaga kebajikan pemain.
Ini kerana ada di kalangan pemain perlu membayar sendiri kos perubatan jika alami kecederaan.
Selain itu, masalah sama turut berlaku dalam skuad kebangsaan Garuda yang disifatkan tidak mendapat perhatian pihak terbabit.
Tambahnya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) lebih proaktif dengan memberikan peruntukan kepada pasukan kebangsaan dan bawah 23 tahun untuk tujuan pembangunan dan pendedahan.
Astro Awani
Thu May 02 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pemain kebangsaan Indonesia puji FAM
Bekas pemain kebangsaan Indonesia, Bambang Pamungkas berpandangan tahap keselesaan pemain republic itu masih jauh lebih rendah berbanding Malaysia dan Negara Asia Tenggara yang lain.
Bambang Pamungkas, ikon bola sepak ASEAN
Tanggal 1 April 2013, Bambang atau lebih sinonim dengan gelaran Bepe di kalangan rakan sepasukannya, mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa